Pages

Sunday, November 9, 2008

Cuba jwb teka-teki nih...

Haaaa...pe kata kite men teka-teki rini.klo pandai jwb la yer.tp jawapannyer memang da siap tersedia..

Soalannya adalah seperti berikut: -

S : Kalau masuk kandang kambing mengembek, apa nak buat kalau kita masuk kandang harimau?
J : mengucaplah 2 kalimah syahadat sebelum kena ngap.

S : Apa dia: ayam di luar, ikan di dalam?
J : Ikan sardin cap ayam.

S : Bebanyak tempat, dimanakah air tidak pernah cerah?
J : Ayer Hitam (Air Hitam)

S : Kalau semua binatang jadi ikan, ikan jadi apa?
J : Ikan jadi banyaklah.

S : Bebanyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut?
J : Ikan kembung.

S : Apa dia: bila kecik dia hitam, bila besar jadi putih?
J : Michael Jackson.

S : Bebanyak singa, singa apa yang tak makan daging?
J : Singapura.

S : Kenapa hidung lembu sentiasa berair?
J : Lembu tak tahu nak kesat hidungnya dengan tisu.

S : Burung apakah yang paling penyayang?
J : Burung belatuk... sebab dia bela atuk.

S : Lembu apakah yang selalu dicari?
J : Lembu apalagi... lembu yang hilanglah.

S : Kalau seorang,sendiri tau.Kalau berdua,dua-dua sama tau.Bertiga,tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat.Kalau berempat, lagilah tak tahu... apa dia?
J : Kentut...


S : Bom apakah yang tak pernah meletup?
J : Bomba ataupun kuih bom.

J : Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?
S : Teksi.

0 sweet comments:

Post a Comment

 

:: Wishlist ::

iPhone
iPad
MacBook
Keje stabil
Ada kete
Ada bini
Rumah
DSLR
Beli mama kete
Superbike
CRZ
Bwk wifey tgk panda
Bwk parents pegi haji
Umrah