Pages

Friday, December 12, 2008

Asal usul Pulau Sumatera

Sekembalinya dari memungut ufti dari negara-negara bawah jajahannya, Datuk Laksamana Garnesh beserta seratus hulubalang singgah di sebuah pulau berhampiran Majapahit.

Pulau besar yang tiada
berpenghuni itu sejak zaman berzaman terbiar tanpa sebarang pembangunan. Seluruh pelusuk pulau itu dijelajahnya, tiada apa yang ditemui selain hutan belantara, semak samun dan binatang-binatang hutan.


Sesampainya dia ke Majapahit dipersembahkanlah hal itu kepada Sultan Sri Wijaya a/l Ganesan.

"Tuanku, patik rasa ada elok juga
kalau itu pulau kita kasi jajah sama dia."

"Sapa ada sana?" tanya Sri Wijaya.
"Tara sapa."
"Apa nama pulau itu?"
"Tara tau."
"Ada orang sana?"
"Tara."
"Rumah?"
"Tara."
"Sign-board?"
"Tara."
"Apa pun tara?"
"Hutan ada la... lain-lain suma tara."
"Suma tara?"
"Ya.. suma tara," jawab Laksamana.
"Okey kita ambil pulau itu.. sebab apa pun tara dekat sana, kita kasi nama Sumatara."

Gitu ler cerita asal-usulnya Pulau Sumatara yang kemudiannya dipanggil Pulau Sumatera..=)

1 sweet comments:

 

:: Wishlist ::

iPhone
iPad
MacBook
Keje stabil
Ada kete
Ada bini
Rumah
DSLR
Beli mama kete
Superbike
CRZ
Bwk wifey tgk panda
Bwk parents pegi haji
Umrah