Pages

Saturday, December 20, 2008

Cahaya..Kegelapan...

Sekali, apabila terjadi blackout, semua orang akan kelam kabut dan gelabah. Kalau terjadi pada waktu perdana, maka tersangkut dan tergendalalah banyak urusan lebih-lebih lagi yang melibatkan mesin dan teknologi tinggi. Syarikat-syarikat besar mengeluh kerugian berjuta-juta ringgit.

Kalau berlaku pada sebelah malam pula, alamat bergelap-gelitalah keluarga. Anak-anak kecil menangis kelemasan dan ketakutan. Hati menjadi rimas khasnya bagi orang yang siang malamnya sudah terbiasa dan tidak pernah lekang dengan lampu dan cahaya.

Kerana perlukan cahaya juga, maka lilin dan ‘lampu simpan cahaya’ diusaha dapatkan segera sebagai alternatif sementara menanti tenaga eletrik dipulihkan semula. Lilin pun lilinlah, asalkan dapat sedikit cahaya.

Begitulah sifat manusia yang tersangat perlu dan berhajatkan kepada cahaya. Keperluan mereka pada cahaya hidayah, cahaya keimanan, cahaya ilmu dan kebenaran sebenarnya berjuta kali ganda lebih-lebih lagi amat diperlukan.

Jikalau cahaya-cahaya atau ‘Nur’ ini tidak ada, alamat gelap-gelitalah ‘kerajaan’ rohaniah dan batiniahnya. Walaupun cahaya mentari menyimbah terang ke serata ceruk dan ruang muka bumi ini, namun ia masih tersesat dan terkandas kerana Nur hatinya sudah terpadam. Walaupun cahaya neon dan kalimantang di rumah dan di jalanan menyinar dan membias indah, namun ia tetap terjebak ke dalam dosa dan mungkar kerana Nur di hatinya yang telah suram dan beransur kelam.

0 sweet comments:

Post a Comment

 

:: Wishlist ::

iPhone
iPad
MacBook
Keje stabil
Ada kete
Ada bini
Rumah
DSLR
Beli mama kete
Superbike
CRZ
Bwk wifey tgk panda
Bwk parents pegi haji
Umrah