Pages

Monday, November 23, 2009

Angsi Ditawan Lagi..!!

BANGI 23 November 2009 - Tahniah dan syabas kepada yg mengikuti Kursus Ketahanan UPSM pada 20 hingga 22 November 2009 yg baru je selesai semalam. Kursus pada kali ini bertempat di Gunung Angsi iaitu sama seperti tahun lepas [klik sini] dan ini merupakan kali kedua UPSM menawan puncak gunung angsi.

Kursus pada kali ini melibatkan 46 peserta yg kesemuanya ahli UPSM. terdiri daripada pelajar tahun 1, 2, 3, dan sebahagian ALP. Seperti biasa setiap program ada matlamat yg tersendiri selain menguji dan melatih daya ketahanan peserta. Pihak urusetia sendiri berharap melalui kursus sebegini dapat menarik minat pelajar tahun satu kepada UPSM sekaligus merapatkan mereka antara satu sama lain.

aktiviti suai kenal antara peserta

Walaupun tempat kursus pada kali ini sama seperti yg lepas, tapi pengalaman dan cabaran tetap berbeza. Kali ni kumpulan kami tidak tersasar dari jalan sebenar, tapi berdepan pula dgn banyak incident dan halangan lain.


Warm up sebelum memulakan pendakian

Sedikit tentatif perjalanan pendakian. Kami mula pendakian seawal jam 9 pagi dan tiba di tangga batu pada jam 10.30 pagi dan meneruskan perjalanan pada jam 11.00 pagi. Pada hari kejadian banyak group dari kalangan intitusi yg lain turut sama menuju ke puncak angsi. Alhamdulillah kami semua selamat sampai di puncak lebih kurang pukul 2.oo petang.


bergambar kenangan di tangga batu

Setelah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan untuk turun plk pada pukul 3.30 petang dan sampai di tangga batu pada pukul 6.00 petang. Oleh kerana ada yg belum selamat turun, kami menunggu sehingga perjalanan diteruskan pada pukul 7.20 malam.


gambar tak sempat posing nih..=P

Perjalanan dalam keadaan gelap memang menyukarkan. berbekalkan pengalaman pada program yg lepas, kami semua berjaya sampai ke tapak khemah pada pukul 10.00 malam.

Antara peristiwa menarik yg sememangnya tuan badan tak kan lupa ialah Shakeer yg terjatuh gaung(kesian kt dia..), Aza yg selalu kren kaki dan Amir yg selalu pening2.


bersama pak hasan

Tahniah jugak kt Shakeer n Pijah sebab berjaya menawan Angsi pada kali ni. kepada pelajar tahun satu yg terlepas kursus kali ini, jgn rasa tersisih atau malas untuk join aktiviti selepas ini kerana banyak lagi program yg kami rancang untuk adik2 semua.

p/s: gambar tak banyak sebab blom copy dari Pijah.akan diupload secepat mungkin.

4 sweet comments:

  1. risau pulak bila dengar abg shaker jatuh gunung dari suhailah.
    huhu.. tahniah abg syawal. stamina abg bertambah, nampak tuff gak badan tadi. hehe.

    ReplyDelete
  2. Кажется, это подойдет.

    ReplyDelete
  3. salam...
    huhu.. ada yang saya masih ingat lagi namanya macam Syakir(dlm gambar) dan beberapa orang yg saya cam.. tapi x kenal...
    p/s: saya salah seorang dari guide masa xpdc tahun lalu...
    korang mmg semangat tinggi beb...

    ReplyDelete

 

:: Wishlist ::

iPhone
iPad
MacBook
Keje stabil
Ada kete
Ada bini
Rumah
DSLR
Beli mama kete
Superbike
CRZ
Bwk wifey tgk panda
Bwk parents pegi haji
Umrah