Pages

Sunday, July 25, 2010

Kami Perihatin @ UKM


Salam Perihatin Semua...

Lebih kurang seminggu publisiti terhadap program anjuran Generasi Perihatin Kolej Pendeta Za'ba terpampang di dada akhbar Utusan Malaysia dan tak kurang juga kedengaran di radio era.fm.

Semalam merupakan acara kemuncak dengan mini konsert diadakan di Dectar, UKM yg dibarisi dengan ramai artis ternama seperti Dayang Nurfaizah, Farhan, Man Bai, Radhi OAG dan banyak lagi.

gambar yg boleh anda lihat di akhbar mingguan hari ini

Program Kami Perihatin dianjurkan bagi menyokong usaha kerajaan dalam membanteras gejala sosial yg semakin meningkat dari hari ke hari.

Sedang sibuk UKM menganjurkan kempen sedemikian, pada masa yg sama masih ada kes pembuangan bayi dilaporkan di Flat Sri Kelantan, Bandar Baru Sentul. Pelik kan?? Di manakah kesedaran masyarakat sekarang agaknya. Bayi dianggap barang mainan yg boleh dibuang sesuka hati mereka.

Ungkapan "Sedangkan binatang pun sayangkan anak sendiri" sudah tak boleh diterima pakai oleh aku lg. Nak tahu kenapa?? Sebab kucing betina kt umah aku suka makan anak dia sendirik. Nak beranak banyak kali agaknya. Last2 aku da buang kucing tu..haha

Ok lah. Aku sempat perhatikan konsert yg diadakan semalam. Aku risau. Program yg dianjurkan pada asalnya untuk membenteras gejala sosial akan bertukar sebaliknya. Kenapa?? Kerana aku dapat lihat ramai pasangan yg terlentok di celah2 asakan org ramai. Mungkin warga luar UKM agaknya.

Pape pun aku menyokong usaha kerajaan dalam membasmi gejala tak sihat ini. Kepada semua khasnya MELAYU ISLAM, kembalilah ke pangkal jalan. Kembali kepada ajaran Islam. Gejala ni kalau tak dibendung akan menjadi malapetaka besar pada negara.

Gunakan akal dalam setiap perbuatan anda. Sekian.




antara barisan artis yg memeriahkan konsert mini di UKM semalam


0 sweet comments:

Post a Comment

 

:: Wishlist ::

iPhone
iPad
MacBook
Keje stabil
Ada kete
Ada bini
Rumah
DSLR
Beli mama kete
Superbike
CRZ
Bwk wifey tgk panda
Bwk parents pegi haji
Umrah