Pages

Monday, August 23, 2010

A.D.A.M

Salam...

Dah lama rasanya tak meng-update-kan blog aku ni. Ok lah. Juz nk gtaw aku da abes bce novel ADAM | Aku Darah Anak Malaysia. Sebenarnya kemarin lagi dah abes bce. heh

Setelah sekian lama aku tak meng-involve-kan diri aku dgn dunia novel ni, ntah kenapa tibe2 rasa nk terbaca lak. haha *dulu time skola rendah je bce novel..hek3

Tetibe rasa kagum lak dgn pengiat seni tanah air or tak kesah la kt mne2. Macam mne ek dorang ade imaginasi yg begitu kuat?? Sampaikan dunia ni dalam kepala mereka je sume. Mereka boleh mengawal semua percaturan watak. Waaa..dasyat..dayat.. Subhanallah

Sedikit info pasal ADAM ek. Novel ni bagi aku sangat menarik. Novel Thriller tentang survival seorang anak MELAYU, Hilman. Seorang polis dan juga sharpshooter. Isteri dia meninggal ketika melahirkan anak tunggal mereka, Jeslina. Sejak tu Hilman dipisahkan dari Jeslina oleh ayah mertuanya Datuk Harun.

Setelah 19 thn terpisah, Hilman bertemu semula dgn Jeslina di New York. Tak sempat nak happy lama, Hilman dan Jeslina terlibat dgn kemalangan dan Hilman dituduh memandu dlm keadaan mabuk. Nak dijadikan story lebih menarik, Hilman melarikan diri dari polis US dan memulakan siasatannya sendiri. Hidup seperti pelarian yg akhirnya membawa dia ke White House!

Cukup la pasal info tu ek. Nak pinjam meh dtg bilik. haha sesape yg dah bce bagusla yer. Banyakkan membaca cite2 gni. Sekurangnya menambahkan kecintaan kita pada Malaysia. Hujan emas di negera orang, hujan batu di negera sendiri. Tapi lebih baik lagi di negera sendiri.

Ok lah. Nak solat n ngaji. Bulan pose ni bulan mulia. Banyakkan beramal. Semoga amalan kita sentiasa diterima olehnya. Aminn...

p/s: Aku try nk scan cover depan novel ni tp tak dapat. samada aku yg tak reti or buku ni yg tebal sangat.hik3

Thursday, August 19, 2010

Berlalu Minggu Pertama



Salam Ramadhan...

Pejam celik pejam celik dah lebih seminggu umat Islam di seluruh dunia mengerjakan ibadah puasa. Sekejap je kan?? Biasa la tu. Sebelum minggu seterusnya melewati anda, meh kita renung kembali amalan yg telah kita lakukan pada Nya. Adakah sama seperti tahun lepas?? berkurang?? mengikut tuntutan Nya?? atau sekadar mengikut hati anda. Renungkan.

Ramadhan merupakan bulan mulia yg mana menuntut semua supaya sentiasa meningkatkan amalan ibadah kepada Nya di samping meninggalkan perkara larangan yg boleh membatalkan puasa atau mengurangkan pahala berpuasa.

Berpuasa bukanlah hanya sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga semata-mata. Kita juga diperintah supaya menjaga nafsu dan sentiasa bersabar. Nafsu tergolong dalam banyak jenis dan kebiasaanya yg menyerang masyarakat Malaysia adalah nafsu membeli.

Membeli juadah berbuka yg berlebihan di bazar Ramadhan merupakan salah satu contoh nafsu yg tak dapat dikawal. Kita disarankan untuk sentiasa bersederhana dalam berbuka mahupun ketika bersahur. Usah diturutkan kata hati. Mati nanti.

Bercakap soal terawih pula, rebutlah peluang untuk sama-sama berjemaah di masjid. Fadhilat solat terawih sangat la besar. Dan bukan selalu dapat kita bertemu Ramadhan. Apakah masih ada Ramadhan akan datang untuk kita?? Hanya Dia yg tahu. Tuhan sekalian alam.

Pesanan ini untuk semua termasuk diri sendiri. Sekadar mengingatkan sementara Ramadhan masih berbaki untuk kita.

Sekian.

berhemahlah dalam membuat pilihan..jgn sampai menurut kata nafsu


Thursday, August 12, 2010

Usah Ketepikan Anak Anda



Salam Ramadhan...

Ini cerita dari masjid. Umumnya selalu kita melihat ramai anak2 kecil antara 6-11 tahun yg turut sama memeriahkan masjid untuk sama2 bertarawih dengan ibu bapa mereka. Bagusla begitu. Melentur buluh biarlah dari rebung.

Cuma yg menjadi persoalannya adalah apabila anak2 tadi membuat onar di belakang seolah2 satu perang palestin sedang berlaku. Siapa pula yg patut dipersalahkan??

Ulamak ada membahaskan, untuk mengawal kanak2 nakal ini, bawalah mereka solat bersama di sebelah bapa mereka. Sudah tentu dia tak kan bermain2 lg ketika jemaah lain sedang sembahyang.

Tapi situasi ni berlaku ke kt negara kita??Kurang kot..rata2 mesti akan menarik kanak2 tersebut supaya ke belakang dan yg tua akan berada di depan. Ini yg sepatutnya tak terjadi. Didiklah anak2 kita untuk selalu berada di saf paling hadapan supaya bila mereka dah besar nanti mereka akan berasa janggal berada di belakang dan akan selalu berebut2 saf paling hadapan. InsyaAllah.

Sama2 lah kita merebut ganjaran di bulan keberkatan ini dan melipat gandakan amalan seharian kita.

“Perintahkanlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan. Sebab hal itu akan melepaskan mereka dari seksa neraka.” (Hadis riwayat Ibnu Jarir)

Sekian.


Tuesday, August 10, 2010

Review The Scorcerer's Apprentice


Setelah sekian lama tak mengadap skrin besar dalam bilik gelap berhawa dingin sambil menikmati popcorn. Siapa kata masa yg terhad tak sempat kuor date??haha Walaupun masa melepak bersama agak singkat, tapi masih sempat tuk aku ngan dak jajai kuor melepak walaupun hanya di Alamanda.

Agenda melepak cam beselah. Beli tiket movie, makan2 kfc, skodeng org men bowling, pusing2 then layan movie. Movie yg aku tgk ni boleh dikatakan best jugak lah. The Scorcerer's Apprentice. Sape dah tgk??


Haa..meh aku share sket cite die mcm mne. Alkisahnya Merlin dah kena khianat dan dibunuh oleh salah seorang apprentice die. Ada sorg pompuan jahat ni telah berjaya dikurung dalam satu layer balang. Sume penjahat dikurung pada balang yg sama tp berlainan layer.

salah seorang penjahat yg bebas dari Grimhold

Hanya seorang je yg betul2 boleh bunuh ahli sihir jahat tu iaitu Prime Merlinian. Dan Balthazar telah ditugaskan untuk mencari org tersebut sehinggalah beribu tahun dan sampailah ke zaman moden sekarang.

Akhirnya Balthazar berjumpa dgn Dave seorang budak yg selenge dan membesar pon jd bdk yg bodoh2 ayam.haha Maka bermulalah kisah Dave belajar ilmu2 sihir dari Balthazar untuk melawan pompuan sihir jahat dan membebaskan Veronica iaitu kekasih Balthazar.

Dragon Ring yg digunakan untuk mencari Prime Merlinian


sesi latihan bermula

Adakah mereka berjaya??haha dah tentu la hero menang kan?? Kalau ditanya rate cite ni leh la 3 setengah. Sebab apa?? Sebab hero die tak macho macam aku.haha

Kepada sesiapa yg mahukan cite sains fiksyen, fantasi dan komedi, movie ni adalah bersesuaian dengan anda. Anda boleh cuba sekarang sebelum panggung ditutup. Layannn....

salah satu adegan dalam movie ni..


Balthazar bersama helang logamnya

Monday, August 9, 2010

Selamat Berkonvo Rakan-rakan



Musim Konvo!! Tu je yg leh diperkatakan dan sekali lagi UKM dilanda kebanjiran dan kesesakan dengan kenderaan dan jugak orang. Untuk pengetahuan semua yg masih belum maklum, Majlis Konvokesyen UKM sedang berlangsung bermula 7-10 Ogos 2010.

Tahniah kepada semua yg konvo pada sesi ni dan pada sesape yg belum konvo seperti aku ni, tabahkan hati dan teruskan usaha. Allah sentiasa bersama anda.

Buat kengkawan JKEES, sowie la tak datang korang punya konvo. Memang nk datang, tapi tak boleh. Wa dalam hati ada taman. So tahniah la yer. Selamat membina kerjaya. Lepas ni kontek2 la lg. Jgn terus terputus hubungan. Keep in touch ya!

Ok lah. Sekali lagi TAHNIAH buat anda semua. Anda berhak mendapat segala hak anda atas segala usaha keras anda selama ini. Doakan aku pula ye rakan2...

ohh..ramainya orang..

Saturday, August 7, 2010

Bantulah Kami


Salam...

Pesanan ini khas kepada kaum hawa di luar sana. Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon pertolongan dari anda semua. Semoga Ramadhan yg bakal menjelma ini membukakan pintu hati kita untuk menambahkan amalan dan mendekatkan diri kita kepadaNya.

Apakah bentuk pertolongan yg ingin saya pinta?? Mudah saja. Hanya jaga aurat anda dan juga pakaian anda. Janganlah berpakaian ketat kerana ia serupa seperti anda bertelanjang. Kami kaum adam hanya mempunyai 1 nafsu. Tapi nafsu yg 1 inilah yg sangat sukar dikawal.

Saban hari kita mendengar perkara tak enak keluar di dada akhbar sehingga kerajaan menganjurkan kempen Kami Perihatin bagi menyedarkan kes salah laku sosial. Persoalannya apakah punca berlaku kejadian sebegini??

Saya bukannya mahu menuding jari menyalahkan sesiapa. Memang sudah dijadikan lumrah untuk lelaki berpasangan dengan perempuan. Tapi janganlah sampai berlebihan sehingga melanggar batasan agama. Untuk apa anda memperagakan diri di khalayak ramai?? Cukuplah anda berhias untuk tatapan suami anda kelak.

Apabila dinasihatkan sesetengah mereka dengan selamba memberi alasan sudah terbiasa dan tidak mahu bersikap hipokrit. Alahai..tahukah anda berapa banyak dosa yg sudah anda kumpul?? Seurat rambut itu 40tahun balasan api neraka. Dan setahun neraka tak sama dengan setahun di bumi.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya" - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wallahualam.


Thursday, August 5, 2010

All About Chemistry

Tahukah anda apa itu chemistry?? Not the study one la (kimia). I know u all clever than me. Chemistry yg aku maksudkan ni more on our instinct yg biasanya ada kaitan dengan kita. Sometimes kita boleh merasai sesuatu padahal mende alah tu tak terjadi depan kita pun.

Anda paham apa yg cuba aku perkatakan ni?? Bagus. Chemistry or boleh jgk dipanggil sense ni sangat menarik untuk kita kaji dengan lebih mendalam even da ada pun yg kaji tentang perkara ni. Selalunya kita boleh merasai sesuatu apabila ia ada kaitan dgn diri kita. Tak percaya?? Teruskan membaca.

Antara perkara biasa or normal yg kita secara perasan @ tak, kita boleh meramal apa yg ada dalam minda rakan kita. Kita boleh meneka apa warna yg sedang bermain dlm kepala beliau malah boleh menyanyikan lagu yg die ingin nyanyikan walaupun rakan anda belum lagi mengeluarkan suara beliau. Pelik kan?? tentu anda pernah mengalaminya sebab saya juga begitu.

Kenapa kita akan rasa tak sedap hati bila sesuatu perkara akan terjadi?? Contohnya kita terasa motosikal kita tak selamat. Bila pegi tgk memang dah hilang. Apakah jenis chemistry yg telah meresap ke kepala kita sampai kita boleh detect sesuatu perkara walaupun kita belum tahu akan kesahihannya.

Begitu juga jika ada sedara kita yg dalam kesusahan. Kekadang mesti kita akan terbayangkan mereka seolah2 tak cukup makan. Itu ok lagi. Kalau yg terlibat dengan kemalangan??

Begitu hebatnya ciptaan Allah untuk kita kaji bersama. Semoga apa yg kita alami akan menambahkan lagi keimanan kita pada sang Pencipta kita yg agung.

Sekian

Tuesday, August 3, 2010

Awaken - Maher Zain

Selamat pagi semua...

Jom sama-sama kita perdengarkan lagu ni dan hayati sama-sama maksudnya. Moga dipermudahkan segala urusan kita pada hari ini dan mendapat keredaanNya...



Sunday, August 1, 2010

Bermulanya Ogos



Salam Semua...

Bagaimana permulaan Ogos anda semua yer?? Ada yg jatuh longkang tak?? Dapat awek baru?? Harap sume ok la yer. Maybe ada yg kuor jenjalan terutama bdk2 UKM yg sememangnya suka jalan2 tu. Udah2 la merendet..haha Maklum la. Hujung minggu ni kan.

Ok lah. Aku nk cite Ogos aku ni. Mau taw tak?? Kalau tak mo pon aku nk gtaw gk. Peduli ape. haha Sape suh datang kt blog aku. Btol tak?? muahaha~

Hari ni aku dapat panggilan dari sorang cik kak ni. Ingatkan prospek ke ape ke. Rupanya nk offer part time kt aku. Kt ngan area UKM lak tu. Kira ok la kan dari melanguk kt bilik tak taw nk buat ape.

So hari ni bermula la kerja baru part time aku. Part time dalam part time sambil menghabiskan semester terakhir kt ukm. Giler tak??haha tu la lumrah hidup. Nak berjaya kena la berusaha. Betul tak??

Part time takde la susah sangat. Juz jaga cc je. Sbb akak ni memang nk cari org IT. Kebetulan lak nk dijadikan cite, petang td ada mamat ni nk print keje dia. Format AI. Gelabah jugak la akak ni sebab dia tak taw pc die ada install ke tak. Aku pon menunjukkan la sket ilmu yg tak seberapa..heheh *mati kalu bos baca nih

Busan. Tu je mood aku sekarang. Mesti lalan yg jge cc selama ni busan kan?? sampai sempat aku men-update-kan blog aku nih.*bos takde buleh la..haha

Ok lah. Sampai kita berjumpa lagi lain kali yer..^__^

pilihla jalan anda dari sekarang..=)

 

:: Wishlist ::

iPhone
iPad
MacBook
Keje stabil
Ada kete
Ada bini
Rumah
DSLR
Beli mama kete
Superbike
CRZ
Bwk wifey tgk panda
Bwk parents pegi haji
Umrah