Pages

Thursday, August 19, 2010

Berlalu Minggu Pertama



Salam Ramadhan...

Pejam celik pejam celik dah lebih seminggu umat Islam di seluruh dunia mengerjakan ibadah puasa. Sekejap je kan?? Biasa la tu. Sebelum minggu seterusnya melewati anda, meh kita renung kembali amalan yg telah kita lakukan pada Nya. Adakah sama seperti tahun lepas?? berkurang?? mengikut tuntutan Nya?? atau sekadar mengikut hati anda. Renungkan.

Ramadhan merupakan bulan mulia yg mana menuntut semua supaya sentiasa meningkatkan amalan ibadah kepada Nya di samping meninggalkan perkara larangan yg boleh membatalkan puasa atau mengurangkan pahala berpuasa.

Berpuasa bukanlah hanya sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga semata-mata. Kita juga diperintah supaya menjaga nafsu dan sentiasa bersabar. Nafsu tergolong dalam banyak jenis dan kebiasaanya yg menyerang masyarakat Malaysia adalah nafsu membeli.

Membeli juadah berbuka yg berlebihan di bazar Ramadhan merupakan salah satu contoh nafsu yg tak dapat dikawal. Kita disarankan untuk sentiasa bersederhana dalam berbuka mahupun ketika bersahur. Usah diturutkan kata hati. Mati nanti.

Bercakap soal terawih pula, rebutlah peluang untuk sama-sama berjemaah di masjid. Fadhilat solat terawih sangat la besar. Dan bukan selalu dapat kita bertemu Ramadhan. Apakah masih ada Ramadhan akan datang untuk kita?? Hanya Dia yg tahu. Tuhan sekalian alam.

Pesanan ini untuk semua termasuk diri sendiri. Sekadar mengingatkan sementara Ramadhan masih berbaki untuk kita.

Sekian.

berhemahlah dalam membuat pilihan..jgn sampai menurut kata nafsu


1 sweet comments:

 

:: Wishlist ::

iPhone
iPad
MacBook
Keje stabil
Ada kete
Ada bini
Rumah
DSLR
Beli mama kete
Superbike
CRZ
Bwk wifey tgk panda
Bwk parents pegi haji
Umrah