Pages

Thursday, November 25, 2010

Lapor Ohh Lapor

hahaha...
n3 yg boleh dikatakan tah pape
lapor weh
mane taknya
seharian rini ngadap lappy busuk ni
wt assgment ok
bukan men poker
haha
pagi tadi pegi kelas
last kelas tuk sem ni
n maybe tuk sepanjang di ukm
then tibe2 kannn
bru dapat taw assgment kena anta rini!!
hampeh
dlm spin tulis anta 30hb
ape lagi
blk bilik terus marathon buat
seb bek sempat anto b4 ofis tutup
heee
mode senang hati
leh ngadap poker sepuasnya
hahaha

lapaq..lapaq..jom mkn dulu =)


Wednesday, November 24, 2010

Ceritaria Raya Edisi Daging

Salam...
Belum berkesempatan tuk mengupdate blog ni. Dah sedikit bersawang. So, sebelum sawang mula melebarkan sayapnya, meh la aku cerita sket pasal raya yg kita sama2 raikan minggu lepas. Ya..Raya AidilAdha. Belum terlambat lagikan nk berkongsi??heh
Aku balik agak lewat ok. 16hb pagi kul 9.00am baru bertolak dari kajang! Then ade la sket kes yg berlaku. Leh masuk zon bengang kt hot.fm!haha Kitorang yg dari kjg ni naik bas lain dulu sbb bas yg spatutnya ade kerosakan.
Kena la tunggu kt bukit jalil. Bertolak dari kjg kul 9.30am. Dah kt bukit jalil tu kena lak tunggu bas dtg amek. Dah mcm kena jual. Mau taw bas dtg kul bape?? Kul 2pm!! Amek kau!! Sampai umah kul 11pm. Penat den. Tak sempat nk merewang.
Ok abes cite nk blk. Skg edisi raya betul2. After solat raya, seperti bese lah acara menumbang lembu. Tahun ni 4 ekor skali tumbang kt sebelah umah aku tu. Lembu tak agk2 garang seh. Siap panjat pokok kelapa bagai.hahaha Aku dgn machonya berjaya menewaskan 3 ekor. Tolong pegang je la. haha
Err..ape lg nk story ye?? haa..even blk umah kjp je, tp aku taw ape hobi baru dak2 kg aku tu. Cari tokek ngn main poker kt fb! haha macam siot.
N satu perkara ag, time raya juga terjumpa blk bdk kg. Terpisah sejak bayi. *tipu ok Tapi bkn die yg bagi daging kt aku. Adik die. Tp ok la. Cun jgk! haha nasib bek adik kamu ayong.

Sunday, November 14, 2010

Mission Upgrade!

Oleh kerana masih dalam misi
Dan
Banyak kali juga tergendala
Maka
Misi telah dinaiktaraf

Ye naiktaraf
Daripada setinggan
Pergi ke kondo
Daripada papan
Pergi ke batu

Misi agak gila
Kini lagi mencabar
Jadi
Proses pengiraan perlu direset

Hari ni baru hari ke-3
16 minggu hadnya
Dalam mengejar spartan
Jangan gelak ye
Sila bagi sokongan moral

6 packs in the making
Yeahh!!

Saturday, November 13, 2010

Sediakan Kemudahan Tukar Tiub @ Stesen Petrol

Salam...
Naik motosikal memang syok. Weng sane weng sini. Cilok sane cilok sini. Tapi bile tayar pecah, mula la nak menyampah! haha
Aku tak pasti samada petrol pump di Malaysia ni ade ke tak menyediakan kemudahan @ peralatan tuk mat2 motor yg tayar pancit di tengah highway. Maybe tak kot. Tapi sepatutnya kerajaan perlu sediakan kemudahan ni memandangkan kebanyakan stesen petrol beroperasi 24/7.
Bukan apa, aku kesian (lebih2 lagi kt diri sendirik) kt sesape yg tayar pancit tgh2 malam. Atleast klo stesen petrol bleh tlg dorang, dorang ada la aim nk ke mana. Takde la depa sume ni macam kucing hilang anak duk meroyan tepi jln.
Nak harapkan kt peronda?? Jangan harap! Cekik darah sume. Baru je tlg angkut motor tak sampai 5 km, dah nk cas berpuluh ringgit. Aku belum kena la. Tapi orang len ckp. haha
So, berbalik pada cadangan aku tadi, memang patut stesen petrol tak kesahla petronas, shell, caltex or pape je lah, sume kena ada servis ni. Atleast peralatan je n tiub. Klo ada spanar sume tp takde tiub tak leh gk kan. Then biarlah mamat motor tu tukar sendirik tiub motor dorang. Tak kan tak reti bukak tayar sendirik. Klo tak reti jgn naik moto la. haha
Nasib la bdn. N3 ni khas pada mat2 motor yg belum pakai tubeless. So, probability tuk tayar pancit tu tinggi ye.

Monday, November 8, 2010

Edisi: Bukit Tabur

Salam...

Rasanya sudah agak lama aku tak mengarang story berkaitan xtvt bersama group UPSM batch aku ni. B4 ni ada la jgk. Tu pun sbb xtvt berpesatuan. So, hari ni aku terpanggil tuk story sket xtvt ktorang smalam.

Asalnya si ketot ni yg cadangkan tuk pergi hiking kt Bukit Tabur. Aku pun apa lg on je la ngn geng2 batch 20 UPSM yg masih bersepah di Selangor ni. Lagi pun aku belum pernah jejak ag ke bukit nih. Tah mcm mne la bertabur tempat tu ye.haha

sebahagian batch20 yg bertaburan di Tabur..haha

After subuh kitorang (napi n adik, alan, shah, kiera, pijah, aku ) bertolak dari ukm ke BHP petrol kt taman melawati. Memang dah plan kumpul situ dlu. Tunggu ketot,dodot n haf. Ingatkan ketot dtg sorg je. Rupanya mak haih. Dia bwk geng ofis dia! Ramai! haha meriah gtu.

otw menuju puncak..yeahh!

Dalam 9am kitorang start hiking. Awal2 lg aku dah injured.haha *jatuh tangga licin Tp tak kesah la. Semangat masih ada. Ceeewaah!!

Track ke puncak ada yg landai, ada yg mencabar. Cam bese la kan. Tapi banyak jgk kena guna tali. Batu2 sana pun agak tajam. Hati2 la ye.

berposing sementara menunggu si haf yg poning..=D


tgk la puncak di belakang..jauh ag tu..:)

Sebenarnya puncak Bukit Tabur ni agak banyak. Dan tak pasti mana satu yg leh jd puncak sebenar. So klo korang rasa nk abeskan sume puncak, dialu-alukan lah ye. Selagi korang larat.

Dah sampai kt atas tu apa lagi. Kami n da geng pun bukak kanvas, masak2 time! haha Makan la jajan, megi n segala stok yg dibawa. Bergambar tu jangan ckp la. Sepanjang jln kot. Klo korang nk cepat sampai puncak, kurangkan bergambar ye. =)

siap berkelah tu..inilah budak upsm!


batu yg tajam..ooh!

menikmati view from the top!superb!


jejaka batch 20..hek3

Dalam kul 12++ kitorang dah start turun. Iyelah,nk wtpe lama2 kt atas tu kan. Tapi sonok jgk melepak atas tu. Angin dia sepoi je. Best woo. Hilang sume masalah. Tinggal sengal2 lutut je. haha

After sampai bwh, kami pegi cari tempat mkn, then setel sume, kami pun berpecah ikut haluan masing2. Time kt atas puncak ada gk plan nk g mandi sg. Tapi ble pikir blk, ramai yg keje. For sure la dorang penat. Kang tak pasai ade yg tak p keje esok. haha

inilah antara yg menjayakan hiking kali ni..=)

p/s: nantikan siri Bukit Tabur edisi repeat!haha


Sunday, November 7, 2010

Ekplorasi Menjejak Air Terjun Tingkat 7 Sg Tekala

Salam...
Mak haih. Tgk tajuk n3 bukan main gempak ag.haha Ada story sket aku nk share nih. Sebelum basi baik aku story skg je.kan??
Semalam ada la si budak hazu ni ajak aku pegi tracking kt sg tekala. Ala kt semenyih nu. Tak jauh pun dari Bangi. Sekali sekala pegi la ajak sedara berkelah sane. Tak de sedara ajak makwe pon takpe. Takde makwe jgk?? Ok ajak kawan. Klo takde kwn tu bkn orang la namanya.
So, berbalik pd planning, aku pon on je la. Persiapan rapi dah dibuat n pagi td bertolaklah kitorang. Berdua sahaja! No women no cry. haha
Bila dah sampai sane tu aku tanya la si hazu,
A : "we,nk tracking sapa mne??"
H: "kte g tikat 7 ah.."
A: "atah ag pada tepat kte mndi dlu ko??"
H: "ho la.."
A: "mg tahu mne ade tingkat 7??"
H: "tenet kabo.."
Maka banyak lagi la yg ktorang borakkan sebelum sampai atas sane. Siyes aku tak taw ade 7 tingkat air terjun. Tak pernah kira pun. Klo ada papan tanda ok gk.haha
Then bermula lah siri meredah hutan. Panjat sane panjat cni. Laluan memang ada. Tapi banyak yg dah tertutup sbb pokok tumbang. Kitorang tabahkan juga. Sampai dah kt atas sangat tu, aku dah pelik. Bunyi air pon dah tak dengar. Suspen jap...
Kitorang decide nk turun n lalu ikut laluan air. Turun punye turun pastu jumpa la satu air terjun. Rupanya kirorang tersasar ke cabang air yg lain. So, alang2 dah jumpe air tu,rehat la jap. Aku rasa tempat tu memang dah betul la tingkat ke 7. Sbb cantik jgk. Boleh la menampung 20 org skali harung.
Dah puas berehat, kitorang decide nk turun mandi lak. Mandi tempat td?? No no! tak berani wooo. Sampai bwh je tgk keadaan dah sesak. Ramai jgk org rupanya. Boleh la cuci mata. ngeh3
Menurut hazu, tingkat 7 tu tempat keras. Perkampungan bunian katanya. Siot je. Awal2 takmo gtaw. Apa kejadahnya nk g jejak kampung bunian. Tak de keje. Sesape yg nk try tracking kt sungai, p la. Penat2 leh mandi. Tp korang takleh la tgk view yg cantik2 cam kt bukit broga.
p/s: taip n3 sambil seram sejuk semacam.tah nape tah

Thursday, November 4, 2010

Bila Al-Quran Bersuara


Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Aku engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Tuesday, November 2, 2010

UKM | Negro Kaki Pow Student



Assalamualaikum...



Perkongsian kisah benar yg ingin aku kongsi hari ni. N3 ni tercetus setelah aku berborak dgn sorang member aku ni kt kedai mkn mlm td sambil sonok nonton cite kt skrin besar. Ok tu selingan je.

Berbalik pada tajuk n3, kisah ni rupanya dah banyak kali berlaku di UKM! Bila dah banyak kali berlaku haruslah sudah ramai yg jadi mangsa geng Negro nih.

Modus operandi mamat negro ni mudah saje. Aku kongsikan supaya korang sentiasa berjaga2.

- Dia akan meraih simpati dengan mengatakan ade emergency case n die kena blk ke negara die.
- Die akan bertanyakan cara untuk ke KLIA
- Die akan minta kite banyarkan tambang teksi sbb die xde duit

Hati2 jika korang da bagi duit kt mamat ni sbb die akan mintak lg kononnya untuk visa n pape bagai tah lg. Ni BENAR! Hati2 lah kamu semua. Die memang pndai berlakon. Ayat pon sadis2 je.

Aku cite ni pon berdasarkan apa yg aku alami. Time tu aku baru kuor dari surau PTSL, then terus mamat ni datang n buat2 kenal. Die akan gunakan alasan sesama muslim tuk buatkan kte mudah menolong die! siot je. Nasib baik aku tak bg. Sbb aku memang tgh pokai time tu. haha

So, pesanan aku buat sume warga UKM, jgn mudah terpedaya dgn sesapa yg anda tak kenal tapi tiba2 mintak duit ngn anda. Memang siot mamat nih. Dah la foreigner, dtg cni nk belaja buat la cara nk blaja. Ni nk tipu2 org lak.haish~

Facebook Dan Lawak



Testing..testing..
Wokeh. Tak perlu intro panjang2, kte terus ke tajuk n3 kali ni ye. Aku tahu majoriti sume org dlm Malaysia ni or even kt luar Malaysia ada akaun FB masing2. Sesape yg takde tu memang da macam kuno lak. Ketinggalan dalam IT. Tapi tak bek kan kata gitu kt dorang..haha
Korang guna FB tuk ape?? share latest aktiviti korang??tunjuk gambar cantik2??komen sane sini??haha same la bro. Terpulang pd individu tu nk guna FB dorang sbagai apa. Tempat perkongsian ilmu mahupun tempat borak kosong.
Tapi tu bukan lagi point n3 kali ni ye. *secara tak sengaja ada intro..haha Ok lah, semalam aku ade jumpa satu blog ni. Walaupun baru berumur sebulan jagung, tapi dah ade follower cecah seribu lebih! fuhh dasyat...
Nak taw blog ape?? Ni ha blog GiantPolar. Aku respect la kt mamat nih. Mana tah die dapat idea tuk buat blog tu. Ehh,blog ngn FB ape kaitan??haaa..sbb isi kandungan blog die tu sume gambar2 status FB. Memang klaka la.
Meh kita tgk salah satu hasil beliau
So, sesape yg banyak idea leh la create menda baru lak pasni ye. Kredit to GiantPolar kerana menghiburkan kami. Aku suka karya anda!
 

:: Wishlist ::

iPhone
iPad
MacBook
Keje stabil
Ada kete
Ada bini
Rumah
DSLR
Beli mama kete
Superbike
CRZ
Bwk wifey tgk panda
Bwk parents pegi haji
Umrah