Pages

Friday, June 10, 2011

Renung Renungan Itu...



Kehidupan memang penuh dengan misterinya. Dan menjadi tanggungjawab kita untuk merungkai segala rahsia itu walaupun apa yg kita jumpa tak semestinya apa yg kita mahukan.

PENAT!.Saban hari kita melihat pergaduhan sesama kita.permusuhan,perebutan kuasa, khianat, fitnah berlaku di mana-mana. Malah sesama saudara juga ada terjadi. Apakah inikah dunia akhir zaman??

Tanpa sedar, kita sering bersungut bila sesuatu musibah berlaku. suka menyalahkan orang lain bila perkara itu terjadi pada kita. Tak pernah pula memikirkan punca berlakunya silap itu.


Kadang2 kita cukup pandai menasihatkan orang lain.memberi pedapat.menyampaikan ceramah.tapi apakah yang kita ungkapkan sama dengan apa yang kita amalkan?? Apakah kita cukup kuat untuk menahan ujian yg sama sekiranya berlaku pada diri kita??

Sangat senang untuk berbicara.tapi sangat susah untuk melakukannya. Sangat senang menuding jari pada org lain tapi cukup susah untuk mengaku kesilapan sendiri. Salah orang senang nampak.salah sendiri buat tak tahu.

Berhentilah kawan dari bersikap sedemikian. Nasihatkan mereka dan beramal juga dengan apa yang anda cakapkan. Marilah sama2 kita duduk sebentar. Memikirkan kembali di mana silap kita. Kenapa ujian demi ujian menimpa kita. Apakah pernah kita berdasa padaNya. Mungkin ini hanya peringatan supaya kita kembali dan taat padaNya...

Ampunkan aku Ya Allah...

0 sweet comments:

Post a Comment

 

:: Wishlist ::

iPhone
iPad
MacBook
Keje stabil
Ada kete
Ada bini
Rumah
DSLR
Beli mama kete
Superbike
CRZ
Bwk wifey tgk panda
Bwk parents pegi haji
Umrah