Pages

Wednesday, June 15, 2011

Time Machine...


Bila kita bercakap tentang time machine, mesti ia berkaitan dgn time travel. Dan semestinya setiap org mengimpikan untuk memutar kembali masa ke saat-saat tertentu. Mengulangi kenangan lama, memperbaiki kesilapan diri.

Manusia hari ini cukup obses untuk kembali ke masa lampau. Bukti yg dapat kita lihat ialah pada wujudnya banyak movie yg berkaitan dgn time travelling. Samada kembali ke masa lampau mahupun ke masa hadapan.

Sekiranya anda diberi peluang, mahukah anda melihat masa depan?mahukah pula anda kembali ke masa silam?tiadakah kesilapan yg paling teruk ingin anda perbetulkan?apakah jalan yg anda ambil hari ini merupakan kesilapan terbesar dalam hidup anda?

Ya! persoalan yg sama dipikirkan setiap org. Bagi aku, walau seteruk mana keputusan yg telah kita buat, aku tak kan berpatah balik untuk memperbetulkan apa yang telah aku lakukan.

Biarlah kesilapan lepas membawa aku ke jalan yg baru. Dan dari situ aku dapat mempelajari untuk memperbetulkan dan tidak mengulangi lagi apa yg telah aku lakukan.

Untuk mengetahui masa depan,itu bukanlah kuasa kita. Aku percaya, setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah. Setiap yg dilakukan pasti akan diberi ganjaran dan balasan. Samada cepat atau lambat terserah padaNya.

Nota time machine: berusaha dan bertawakal kunci segala kejayaan..

0 sweet comments:

Post a Comment

 

:: Wishlist ::

iPhone
iPad
MacBook
Keje stabil
Ada kete
Ada bini
Rumah
DSLR
Beli mama kete
Superbike
CRZ
Bwk wifey tgk panda
Bwk parents pegi haji
Umrah