Pages

Monday, April 29, 2013

Mana Lokasi Mengundi Anda?

Assalamualaikum...


Korang dah tau mne tempat mengundi korg? Klo tak tau sila la check cepat ye sbb tinggal bape hari je lg dah negara kita nk mengundi. Apa guna ckp pong pang pong pang sane sini lebat tp tak daftar & pegi ngundi kan? Baik ko duk umah mkn lepat. haha

Tak tau la dah trend ke apa skg ni bila ramai artis pon turut sama dgn demam politik negara. Tapi bagus jgk la kan. Atleast artis tu ada hak untuk menyuarakan pendapat masing2. Tapi yg jd masalahnya bila dah jd artis ni, cepat je la org awam bg komen. heyy biarla artis ni nk ckp apa pon. Free country ok! Sume berhak nk bersuara asalkan tak timbul isu provokasi yg boleh membahayakan keselamatan negara.

Bagus klo artis tu nk berhijrah ke arah kebaikan dan lebih mendekatkan diri dgn Islam. Tapi jgn sampai penghijrahan itu diambil manfaat oleh sesetengah golongan politikus untuk meraih sokongan ramai.

Oh ye, kt fb pon skg tgh banyak share tips untuk keluar mengundi. Aku mls la nk stadi tips tu sume. Apa yg penting, aku pegi mengundi & laksanakan tanggungjawab aku. Pesan aku kt korg, jgn la bias sangat ek dlm berpolitik. Klo ko dah taksub sangat dgn parti tu, fine! Tapi bila parti lawan ade ckp pape, ade buat pape, ko terus tutup telinga, ko pejam mata. Tu dah kenapa? Seolah-olah parti ko je la yg baik tahap dewa. Be positive ok.

Sila la buka mata, buka hati. Tak selamanya org baik akan baik dan tak selamanya org jahat akan kekal jahat. Kita pon diajar dari kecik, jgn percaya bulat2 tp selidik dlu sesuatu perkara supaya tak menimbulkan fitnah kpd org lain.

Allah berfirman, maksudnya :

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". [Al Hujurat : 6]


Aku bukan nk tuding jari kt sape2. Tp klo ko org ijau, jgn kata org ijau sumenya baik. klo ko org biru, jgn plk ko kata sume org biru tu baik. Sume org ada kebaikan dan keburukan masing2. Klo ko rasa pemimpin tempat ko tu baik & mampu beri kemajuan, undi la dia. Jgn la ko undi calon yg dah sah2 ko kenal dia tak bleh buat keje. haha

Aku sayangkan Malaysia. Aku bersyukur sangat2 duk dlm bumi Allah yg aman damai ni. Semoga esok masih ada untuk anak cucu aku.

Oh ye, lupa lak aku nk gtau. Dah jauh menyimpang nih. Aku blk ngundi kt ganu. So korg blk mana? Dah beli tiket? hehe Sapa2 yg kt ganu tu roger2 la ye klo nk jumpa. ngee

0 sweet comments:

Post a Comment

 

:: Wishlist ::

iPhone
iPad
MacBook
Keje stabil
Ada kete
Ada bini
Rumah
DSLR
Beli mama kete
Superbike
CRZ
Bwk wifey tgk panda
Bwk parents pegi haji
Umrah