Pages

Wednesday, July 31, 2013

Kedai Bahan Kuih Murah!

Assalamualaikum!

Haaa..ni nk buat iklan tak berbayar sket. Kepada sesapa yg masih blom ada kuih raya tu n tgh terhegeh2 nk cari kt mana kedai yg jual stok barangan membuat kuih murah, meh aku nk gtau kt korang. Yela kan, sementara masih berbaki seminggu lagi ni nk raya, sempat lagi kot klo korang nk buat kuih raya. hehe

Tempat ni boleh dikatakan tempat borong jgk la sbb barangan yg dorg jual dipacking dlm kuantiti kecik n besar. So klo korang nk beli sket2 je pon tak de masalah.

Lokasinya kt Kota Damansara. *betul la kot..hehe Korang tau tak Sunway Giza? haaa...da dekat dah tu. Tapi bukan kt situ ye. Kedainya diberi nama Kedai Bagus, berderetan ngn kedai makan Gulam Mee. Ni klo korang biasa ngn damansara tau la kot. haha *nk bagi tau tempat tapi tak tau nk bg direction..T_T

ni la kedai tu.. hehe
buttercup yg besar gedabak.. haha
pilih..pilihhh.. hehe
tray pon ada jual..lg murah dari yg kt giant!
ni mesti korang tau kan.. ngee
pelbagai bahan yg merambangkan mata korang..
ni kekacang kot.. ngee
betul-betul dpn pintu masuk..

Aku rekemen tempat ni bukan apa, sbb dekat ngn rumah aku n murah. Ni je la tempat aku ngn wifey aku pegi beli barang sepanjang kitorg buat kuih raya bulan pose ni. So klo korang nak cari tempat barangan kuih or kek yang murah, ni la tempatnya. ngeh..ngeh..ngeh...

Oh ye, kt sini bukan setakat jual barang je tau, dorang pon ada jgk mengadakan kelas bagi sesapa yg berminat nk belajar cara membuat kek. Bayaran dia not bad jgk la sbb wifey aku ckp takde la mahal sangat compare ngan kedai kek yg kitorg pernah singgah sebelum ni. 

So apa tunggu lagi. Cukup2 la kuih tunjuk tu. Sesekali nk jgk merasa kuih air tangan sendiri kan. hehe 

** Seronok buat kuih raya kt umah..ngee

Wednesday, July 24, 2013

15 Ramadhan...


Alhamdulillah...

Sedar tak sedar dah separuh ramadhan berlalu. Kejap je kan masa berlalu. Terasa mcm baru je smalam start 1 ramadhan. So sesapa yg masih belum start pose tu, masih ada masa lg korang nk blaja2 pose. *ada ke yg ponteng lg ni??haha

As usual, bila dah separuh bulan ni, radio2 pon mula la mainkan lagu raya. Betul tak? Pagi td pon masa otw nk g tempat kje, dah bleh dengar lagu raya kt radio. Panggg!!! Terus terasa mood nk keje takde. Mcam nk terus blk kg main bunga api je. haha

Dekat2 nk raya ni jgk la sale berlambak2 kt mall kan? haish! klo la poket ni sentiasa tebal...untung betul org gomen. Tiap2 tahun dapat bonus raya tapi tu pon still tak bersyukur. Tak macam kami ni org swasta. Nak harapkan bonus memang payah la. Bau bonus pon jarang skali. T____T

Nak raya ni jgk dah mcm satu kewajipan untuk tukar set perabot umah baru. Jeles plk bila tengok bloggers duk posting pasal hias rumah sempena nk raya ni. Masing2 ada je idea nk decorate itu ini. Aku? haha Kunci umah pon blom dapat lg. Ntah bila la nk dapat. Kang ada yg kena saman ngn aku ni. sobs

Haaa..kuih raya! Korang dah start buat blom? Dengan bangganya aku nk ckp kt umah aku dah banyak kuih raya. hehe Wifey aku yg comey lg rajin tu ada je yg nk dibuatnya. Aku ni menyebok je la kt dapor smbil2 jd tester tak bertauliah dia. Lepas ni boleh la bukak kedai. haha Hajatnya memang aku nk share kt sini, tapi mana la aku tau bahan2 nk masuk kan. Lain la klo aku buat sndiri. =D

Eh, apa yg aku melalut ni. hehe Actually aku just nk gtau, sementara ramadhan masih berbaki lagi ni, mari la kita sama2 rebut peluang untuk beribadat semaksimum mungkin. Bukan nk ckp org la, cuma peringatan untuk diri sendiri juga. 

Kata org, jgn la duk kira bpe hari lg pose nk abes, tapi kira la dah bpe bnyak ganjaran yg kita capai dalam bulan yg mulia ni. Bila lagi kita nk setelkan hutang kita dgn Pencipta kita kan? Setahun skali je beb!

** Semoga Allah menerima segala amal ibadat kita dan menempatkan kita dikalangan hambaNya yg soleh dan solehah..aminnn ^___^

Tuesday, July 23, 2013

Bercuti di Langkawi - Part 3

** Awas! n3 maha kaya ngn gamba...

As usual lepas je bekfes kitorg terus kuar dari resort. Hari ni banyak tempat kitorg nk lawat since rini dah last day kitorg kt langkawi. So lokasi pertama kitorg ialah Wildlife Animal Park. Operation hour tempat ni dari pukul 8.30 pagi - 6.00 petang & entrance dia plk dah naik harga RM15/pax. So klo b4 ni korg tgk ada yg dapat murah tu tak tau dorg dpt cmne. Maybe guna gomen kad kot. haha

Kt dalam ni banyak spesis binatang yg korg bleh tgk. Oh ye, jgn lupa beli mkanan binatang dlu kt pintu masuk tu klo korg nk feel yg superb kt sini. Kt sini korg boleh tgk mostly binatang darat yg jinak2 sampai korg terasa tak nak balik. Yg paling best masa bagi makan burung. Korg bayangkan la sume burung terbang kt tangan korg. Mana nk cari kt umah oi! Klo korg tanya aku, ni memang tempat wajib pegi la. Puas hati!


kaunter kosong lg masa kitorg sampai.. hehe
kt luar pon da ada gp.. =)
haaa..ni la stall mkanan tu..dorg baru nk setup tempat.. =D
beratur tunggu turn.. hehe
mari mengenal binatang! =P
kesian..tempat kecik je dia dpt..
ayam ke burung ni? haha
lai lai..jgn berebut.. hehe
puyuh pon jinak..
kancil mkn carrot..baru tau.. hehe
dikelilingi burung.. hehe
burung yg tak menyabor..asek nk mkn je.. haha
ni sekor lg tak menyabor..sampai dia tendang2 kaki sbb nk makanan.. haha
dikerumuni rabbit.. hehe
Selesai bermanja2 ngn binatang tu sume, kitorg terus gerak ke Beras Terbakar. Kt sini sebenarnya boleh dikatakan port korg nk beli cenderahati tuk bawak blk je la sbb kawasan sejarah tu ciput je & takde sape yg peduli pon. Beras yg terbakar pon skg dah tinggal sket maybe sbb takde org jaga kawasan kejadian tu. Kt sini banyak org jual baju & kain batik. So klo akak2 kt luar sana nk beli kain baju meh dtg sini. haha Kitorg sempat sambar jgk la baju kenang kenangan 2helai RM10.

Sebelum nk kemana2, jom kita check out dlu. Aku ngn wife blk bilik siap2 mne yg patut then terus checkout. Aku dah try tnya kot2 klo boleh checkout lambat tp korg tau la kan service dorg cmne. Apapontakboleh.


kawasan beras terbakar..
tu haa..yg dalam pinggan tu je yg tinggal skg ni..sket je kan?
antara stall yg ada kt sini..
Lokasi seterusnya ialah Underwater World. Tempatnya betul2 kt tepi pantai chenang. So tak susah la klo korg nk cari tempat ni kan. Terasa nk kesini sbb ramai org kata best. So ringankan jgk la hulur RM28/pax tuk masuk kesana. 

Mula2 masuk sana, aku ingatkan terus "underwater" la kan. Tapi rupanya darat jgk & binatang kt dlm tu lebih kurang je ngn apa yg aku jumpa pagi td kt wildlife. Sume sama! kecuali yg dlm air je la. Bagi aku kt sini boring sket la. Ikan jerung besar pon takde. Aku rasa yg buatkan tiket tu mahal ialah penguin. Ya! dorg ada penguin yg berenang2 atas kepala korg.


akuarium besar..
nemo..
penguin territory.. haha
skodeng penguin.. hehe
jellyfish! 
penguin ni poyo! asek nk masuk kamera.. haha
teka mana satu penguin.. hahaha
Kitorg meneruskan perjalanan ke Pasir Hitam. Dah sampai sini kena la pegi tgk salah satu keajaiban alam. Betul tak? hehe 

Kt sini kitorg lunch dlu sbelum pegi terjah ke pesisir pantai sbb perut dah bg signal suh mkn. Korg pelik tak, dalam banyak2 pantai, kenapa kt situ je pantai dia warna hitam. Korg boleh baca bnyak teori yg tertulis kt sini. Ada yg kata sbb ada dinosour kt bawah tanah la. kelakar. haha


mari menconteng.. hehe
Happy engagement anniversary sayang.. ;)
nk melawat boleh..nk melepak pon boleh.. hehe
Ok lah. Skg dah sampai masa tuk beli barang2 nk bawak blk KL. Kitorg pegi semula ke kedai Hj Ismail Group yg kitorg pegi smalam tuk beli coklat yg dikirim. Banyak jgk la kitorg shopping cuma periuk kuali je tak ckup tangan nk angkut. haha Untuk pengetahuan korg, kedai Hj Ismail Group ni memang sangat popular dikalangan makcik2 yg sukakan periuk belanga. haha Klo korg tak singgah sini memang rugi jgk la.


heaven! ;)
rambang mata..
ramainya orang...
pilih..pilih.. hehe
murah... sobs3
Setel je beli barang, kitorg singgh jap kt ikon langkawi iaitu Dataran Lang. Tengah2 panas pon ramai org jgk. Ckup la snap 2, 3 keping gmba pastu kitorg terus kuar dari sana. Bukan ape, takut coklat cair plk dlm kete. hehe

Oleh sbb airport tu area chenang & masa pon still berbaki jgk la ciput2, kitorg decide nk ke Oriental Village. Kt sini la sbenarnya tempat klo korg nk naik cable car. Tapi nasib tak mnyebelahi kitorg sbb cable car tgh yearly maintenance so tak dapat la nk menggayatkan diri. sob3 Kitorg dtg sini just nk melawat kawasan & pusing2 tgk apa yg ada kt dlm oriental village tu sendiri sbb yg dtg sini tak semestinya nk naik cable care kan? =)

Petang tu sempat layan sunset kejap kt tepi pantai otw nk ke oriental village. Aku pon tak tau tu pantai apa. Asal jumpa pantai & boleh melepak, kitorg pon singgah je la. Layan jiwang la jap. Kata honeymoon. hehe


pantai tempat melepak.. layan jiwang jap ngn wifey.. hehe ;)
Selesai je maghrib kt masjid berdekatan, kitorg pon terus ke airport. Walaupun boleh kitakan sekejap je kitorg kt sini, tapi mostly tempat menarik sume kitorg dapat lawat. Bese la kan. Datang bukannya selalu so mana bleh membazir. haha

Dalam pukul 10.30pm kitorg sampai lcct then mcam bese la amek bas ke kl centre. Kt sana abg ipar aku memang dah siap sedia menunggu kitorg. Maka berakhirlah cuti2 malaysia kami. hehe ^___^
helang yg tak terbang2.. hehe
melawat kawasan.. =)
see! tak bleh naik..sobs3
** next kita nak pegi mana ye sayang? hehe ;)

Monday, July 22, 2013

Bercuti di Langkawi - Part 2

Assalamualaikum..

Hari ni jom kita jalan2 tgk mangrove. Aktiviti aku hari ni ialah Kilim Mangrove Tour kt Sungai Kilim. Klo korg nk g sini korg boleh search dekat waze je sbb aku rasa mesti ramai yg dah check in tempat ni. hehe Kilim tour ni merupakan salah satu tarikan pelancong kt langkawi. Klo sesapa yg dtg langkawi tp tak pegi Kilim, memang tersangat la rugi.

Untuk bot, korg bleh pilih samada nk share ngn org or book terus sebijik untuk group korg. Satu bot besenya boleh bawak 8 org, tapi ramai je aku nampak pak arab sewa terus sebijik bot even dorg berdua je. so sweet. haha Harga plk depend pd jam korg nk melawat tu. Besenya RM200 sejam or maybe lagi murah depend pada korg deal dgn agen korg cmne.

Mcm aku ni just amek pakej mangrove tour dalam 5jam include lunch kt floating restoran tp share bot ngn org lain. Total RM80/pax. Kira ok la kan klo nk compare korg sewa sebijik bot tp pusing2 skejap je. Oh ye, aku amek pakej ni ngn brother yg sama aku sewa kete tu. Senang. ^__^

bot2 memulakan operasi..
Dalam pukul 10am tu kitorg start naik bot. Yg bagusnya dlm bot tu ada tourist guide so takde la korg pusing2 tapi takde org yg nk story kan. Tempat 1st yg dituju ialah Fish Farm. Kt sini mcm2 jenis ikan ada. Nk bgamba, bagi mkn ikan, tgk ikan menembak, haa kt sini la. Next kitorg ke Gua Buaya. Nasib kitorg baik hari tu sbb air belum pasang so bleh la lalu dlm gua tu. Dorg ckp nama Buaya tu diberi berdasarkan bentuk buaya kt pintu masuk gua tersebut. Buaya kena sumpah kot. hehe

Then kitorg dibawa plk ke Monkey Zone. Kt sini memang banyak monyet liar cuma dorg takde la bertindak ganas ngn manusia. Korg boleh bg mkn buah klo korg ada bawak. Sebelum sume org betukar jd monyet, elok la kita gerak ke next destination. So tempat seterusnya ialah Eagle Feeding. Kt sini korg boleh la layang jiwang jap sambil tgk helang terbang bebas dpn mata. FOR REAL! *mcm jakun tak?? haha

landak laut..kt darat lembik je rupanya..hehe
lai lai..sape nk makan lg.. =D
kt fish farm pon ada restoran.. =)
ini la gua buaya..nampak tak bentuk buaya tu? 
kt dalam gua buaya..
us! hehe ;)
awas! monkey zone!
eagle feeding time..hehe
Then kitorg pon dah lapo, baik la kita pegi mkn dlu. Tempat mkn kitorg kt Tanjung Rhu Floating Restoran. Kitorg dipahamkan lepas ni aktiviti mandi manda kt pantai. Ntah sape la nk mandi sbb aku tgk sume takde bawak baju spare pon. Dah setel menikmati simple lunch, iaitu nasi goreng ayam, kitorg dibawa ke pantai tanjung rhu untuk free aktiviti. Aku ngn wife rehat2 je la sambil cuci mata tgk mat salleh berjemur. haha

Lastly, kali ni kita akan melawat Gua Kelawar plk. Kt dalam gua tu korg sendiri boleh tgk entah bpe bnyak kelawar tgh tdo ngn macam2 gaya ada. Klo korg nk merasa buah tangan gua ni, sila la buka mulut sambil melihat atas ye. hehe

ini la restoran terapung tu..besar jgk kan?
lapo..lapo..
klo nk mkn yg fresh2 pon ada..pilih2..hehe
kt sini pon bnyk ikan pelik mcm kt fish farm
pantai tanjung rhu..
ni sebab dah takde keje..haha
view pulau kt sini sume superb!
gua kelawar..
ini la group kami.. =)
awas! dilarang bercakap! =D
Finally dalam pukul 2.30pm kitorg setel aktiviti Mangrove Tour ni. Memang superb jgk la sampai da makin hitam kulit aku ni. Aku ngn wife decide nk blk bilik je terus sbb masing2 da penat + panas. Otw nk blk tu, sempat la jgk singgah Hj Ismail Group beli coklat untuk alas perut kt bilik. Sampai bilik je terus terbongkang. haha

Hari belum abes lagi ok. Petang tu dalam pukul 5pm kitorg kuar ke Makam Mahsuri. Ni pon salah satu tempat sejarah yg korg patut dtg tgk. Cuma time aku dtg dorg tgh renovate kebanyakan kawasan dlm tu. So agak kecewa jgk la sbb kitorg bayar mahal kot RM7/pax tapi service tak full. pffftt

yg lain takde, kita tgk ni je la..haha
makam mahsuri yg dah baru..
akak ni siap paksa anak dia mandi kt telaga mahsuri..isk3
sume kawasan ni under construction..sobs

layannn...
Dengan rasa kecewanya kitorg kuar dari sane then terus ke pantai chenang. Hajatnya nk melepak la jgk tgk pantai tapi pasir pon tak jumpa sebab sume dah jd private beach resort2 kt sana. Sape yg stay kt resort je la bleh men pasir ni. *hampa skali lg

Menurut kata org, kt chenang ni ada banyak tempat mkn best & salah satunya Restoran Hj Ramli. So aku singgah la nk usha apa yg best sangat. Tapi bila aku belek2 checkin kt foursquare, rata2 ckp restoran ni service lembab. Tapi alhamdulillah la makanan aku sampai kejap je. Bagi aku, sume kedai pon akan jd slow bila customer dia ramai. So take turn & bersabar la. =)

menu dinner kami.. ;)
Sebagai penamat untuk hari ni, kitorg pusing2 dlu keliling langkawi. Boleh dikatakan sume tempat yg kitorg nk pegi esok kitorg dah tau kt mana. Klo tak sempat pegi esok pon kitorg pegi la lain kali kan? hehe

Ckup la tu. Jumpa lagi di next n3. ^___^


 

:: Wishlist ::

iPhone
iPad
MacBook
Keje stabil
Ada kete
Ada bini
Rumah
DSLR
Beli mama kete
Superbike
CRZ
Bwk wifey tgk panda
Bwk parents pegi haji
Umrah