Pages

Wednesday, July 24, 2013

15 Ramadhan...


Alhamdulillah...

Sedar tak sedar dah separuh ramadhan berlalu. Kejap je kan masa berlalu. Terasa mcm baru je smalam start 1 ramadhan. So sesapa yg masih belum start pose tu, masih ada masa lg korang nk blaja2 pose. *ada ke yg ponteng lg ni??haha

As usual, bila dah separuh bulan ni, radio2 pon mula la mainkan lagu raya. Betul tak? Pagi td pon masa otw nk g tempat kje, dah bleh dengar lagu raya kt radio. Panggg!!! Terus terasa mood nk keje takde. Mcam nk terus blk kg main bunga api je. haha

Dekat2 nk raya ni jgk la sale berlambak2 kt mall kan? haish! klo la poket ni sentiasa tebal...untung betul org gomen. Tiap2 tahun dapat bonus raya tapi tu pon still tak bersyukur. Tak macam kami ni org swasta. Nak harapkan bonus memang payah la. Bau bonus pon jarang skali. T____T

Nak raya ni jgk dah mcm satu kewajipan untuk tukar set perabot umah baru. Jeles plk bila tengok bloggers duk posting pasal hias rumah sempena nk raya ni. Masing2 ada je idea nk decorate itu ini. Aku? haha Kunci umah pon blom dapat lg. Ntah bila la nk dapat. Kang ada yg kena saman ngn aku ni. sobs

Haaa..kuih raya! Korang dah start buat blom? Dengan bangganya aku nk ckp kt umah aku dah banyak kuih raya. hehe Wifey aku yg comey lg rajin tu ada je yg nk dibuatnya. Aku ni menyebok je la kt dapor smbil2 jd tester tak bertauliah dia. Lepas ni boleh la bukak kedai. haha Hajatnya memang aku nk share kt sini, tapi mana la aku tau bahan2 nk masuk kan. Lain la klo aku buat sndiri. =D

Eh, apa yg aku melalut ni. hehe Actually aku just nk gtau, sementara ramadhan masih berbaki lagi ni, mari la kita sama2 rebut peluang untuk beribadat semaksimum mungkin. Bukan nk ckp org la, cuma peringatan untuk diri sendiri juga. 

Kata org, jgn la duk kira bpe hari lg pose nk abes, tapi kira la dah bpe bnyak ganjaran yg kita capai dalam bulan yg mulia ni. Bila lagi kita nk setelkan hutang kita dgn Pencipta kita kan? Setahun skali je beb!

** Semoga Allah menerima segala amal ibadat kita dan menempatkan kita dikalangan hambaNya yg soleh dan solehah..aminnn ^___^

1 sweet comments:

  1. as salam,
    wah..tgk pada deretan barang2 yg ada mmg bakal merambangkan mata...

    terima kasih berkongsi

    ReplyDelete

 

:: Wishlist ::

iPhone
iPad
MacBook
Keje stabil
Ada kete
Ada bini
Rumah
DSLR
Beli mama kete
Superbike
CRZ
Bwk wifey tgk panda
Bwk parents pegi haji
Umrah