Pages

Monday, July 7, 2014

Bercuti di Cameron Highland

ni kali kedua aku ke sana. kitorang pegi sana pon bukannya sempena meraikan apa-apa tapi just suka-suka nk jalan. ye la kan, asek bkerja je try la jgk curi masa pergi berehat sekali sekala. manjakan diri anda..cheewaah! haha

boleh dikatakan ni last holiday yg kitorang pegi masa awin sihat. kiranya time ni awin still boleh huha huha lg la kan. haha kitorg pegi 27 April 2014. klo ikutkan schedule aku spatutnya aku ada trip hiking kinabalu. tapi apekan daya cuti takde so nk release tension tak bleh join hiking kitorg pegi la cameron. boleh diterima tak? hahaha

klo dlu kitorg pegi cameron exit simpang pulai, kali ni kitorg terus exit tapah plk. pegi sana pon santai-santai je sbb kebanyakan tempat dah pernah pegi n dah tau lokasi port2 best dekat mana. oleh sebab hari tu hari ahad, so jln nak ke cameron takde la jem sangat sebab masing-masing dah otw blk. betul tak? hehe kitorang memang sengaja pegi ahad. amek hotel semalam pastu esok isnin mc. haha

jemput makan..hehe ;)
puncak menara boh..
tempat 1st yg ktorang singgah ialah BOH! tengah lapar-lapar plus sejuk ni elok la kan pekena teh panas ngn kek strawberi dlu kan?nyumms ^_^ kemudian kitorg merayau-rayau cari resort kitorang. sempat jugak la beli baju 2helai sebelum sampai resort tu. hehehe

then kitorang sambung pegi Cactus Point. banyak woo caktus kt sini tapi kitorang beli pokok cili je. haha then kitorang serbu Lavender Park plak. dulu tak masuk sini lagi rasanya. haa nak masuk kena bayar tau. rm5 sorang klo tak silap. dalam ni banyak lavender je la. bunga-bunga dia superb! fuhh tenang jiwa. kt sini kitorang beli pucuk labu goreng je. buat alas perut. haha

syurga lavender...
cak! hehe
ikut trend ok..selfie! =P
macam bese pasar Kea mana bleh lupa. ramai amat orang kt sini. maybe sume dah nak balik so pakat ramai-ramai dtg borong barang. kitorang pon sempat jgk memborong pokok bunga ngn strawberi. bantal tu awal-awal dah kena warning dgn awin. dia tak bagi beli.

rasanya ada lagi tempat kitorang pegi tapi lupa dah. kitorang lunch kt satu kedai makan ni. nama dia Restoran Bahagia klo tak silap. memang tak recommend langsung la kt sini. tak pandai layan customer. boleh plk tengah-tengah nak makan ni dia nak alih meja kitorang. ciss! tunggu la sampai kitorang siap makan pastu alih la nak cantum balik ngan meja lain.

pastu kitorang pegi checkin Strawberry Park Resort then rehat-rehat jap pastu kuar balik cari dinner. korang paham la kan cameron ni klo malam-malam agak scary. senyap n gelap. kedai pon tak banyak bukak. so kitorang tapau siap-siap kfc tuk dinnner. hehe

ini la view resort kami..=)
luas ok.bleh main kejar-kejar..muahaha
model toilet.. =P
toilet pon punya la luas..fuhh

yg penting ada balkoni..hehe

esok melepak kt resort, pegi breakfast pastu checkout. santai-santai je holiday kami. hehe otw balik tu sempat singgah kt air terjun lata. ^__^

singgah jap masa otw nak balik..
model tak berbayar..haha

air terjun lata
pokok bunga daisy..dah mati dah pon.sobs
antara kaktus yang ada kt umah sampai skarang..hehe
** bila kita nak pegi holiday lagi ni dear =P

0 sweet comments:

Post a Comment

 

:: Wishlist ::

iPhone
iPad
MacBook
Keje stabil
Ada kete
Ada bini
Rumah
DSLR
Beli mama kete
Superbike
CRZ
Bwk wifey tgk panda
Bwk parents pegi haji
Umrah