Pages

Wednesday, July 15, 2015

Salam Aidilfitri 1436H

Assalamualaikum...



Ramadhan bakal melabuhkan tirainya dan Syawal pula bakal menjelma. Di kesempatan yg ada saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada salah bicara yg mengguris hati.

Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir & Batin

tulus ikhlas dari saya dan keluarga

Raya tahun ni insya Allah ke batu pahat dlu kemudian baru ke terengganu. jemput la ke rumah ye..=)


Thursday, July 9, 2015

Story Of My Life

AWAS! entry ini akan panjang berjela-jela.


ala-ala hindustan sket..hehehe

How I met my wifey...hehehe tribute special tuk kesayangan aku ni. dia la yg banyak support aku selama ni.sejak belum kahwin sehinggalah 2 tahun 7 bulan 9 hari usia perkahwinan kami hari ni.sentiasa ada untuk aku. terima kasih sayang. =)

ok citenya cmni. aku ni bukan la budak pandai kt u. so lepas je abes blaja dalam akhir tahun 2010 aku blk ganu keje kampung. dalam bulan 1 camtu gomen ada buat program utk lepasan ijazah yg takde keje. program tu tuk blaja coding php selama 3 bulan. aku pon amek la. sbb aku minat jgk nk explore coding-coding sume ni. kelas dia kt kelana jaya. aku dah pening tak tau nk duk mane. nasib la ada budak skolah aku keje kt MAS. bleh la tumpang umah dia.

kelas tu start bulan 2 2011. so lepas daftar sume maka bermulalah kelas php kami selama 3 bulan. eh bila nk cite pasal wife aku ni? hahaha rilek bro, baru je intro.


masa dalam kelas php
ok task first yg aku kena buat ialah cari partner then buat website. aku rasa korang mesti tahu kan partner aku tu sape. yes! betul. wife aku la cik comey lotey noor azuween. tapiiiii dia ni tak suka coding. so time nak siapkan task ni dia bleh plk blk kg. fine la. aku buat la sndiri sume dari a sampai z. then website tu jd ikut taste aku la kan. sume info dalam tu aku taruk pasal hiking. hahaha

ok abes pasal task dalam kelas tu. disebabkan dia malas nak tolong aku buat keje, aku pon terus la kaco dia. dalam kelas selalu je sakat dia. time dia nak masuk kelas pagi-pagi aku tunggu dlu kt luar. dia lalu je aku hai.

bila dah selalu lama-lama jd selesa then kitorang jd makin rapat. awin memang happy go lucky punya orang. senang nk dekat. bleh diajak borak. bila dah sembang memang tak reti nak stop. tapi klo orang yg dia tak kenal memang dia akan jd agak pendiam la. sama la mcm korang kan? tak kenal maka tak cinta. hehehehe

akhir bulan 5 cmtu kitorg dah pon dikatakan agak serius. yela masing-masing bukannya muda lg. takde dah nk kenal lama-lama. klo boleh kenal sebulan dua terus on je la kan. lepas abes kelas bulan 5 tu kitorang still keep in touch. awin dah dapat keje kt standart charted dan aku plk still takde keje. kitorg pon masing-masing dah menyewa kt bukit jalil. sementara takde keje, aku stay dulu la kt tempat training php tu. tp blaja mende lain plk. trainer nk ajar free. kitorang blaja basic SAP.


pusing-pusing putrajaya

ke genting..yehaa

makan kek..nyumm

mari kita nonton..hehe bahayanya wanita

memang life aku sangat susah time ni. duk menyewa. takde keje. nasib la abg kt kg bru dapat pampasan. dia bg sket duit buat belanja.time ni awin la yg banyak tolong aku. banyak bg semangat. banyak support dari segi kewangan. bg nasihat sume.

alhamdulillah bulan 7 2011 tu aku dah dapat keje. tapi sebenarnya bukannya keje sangat sbb dia nak aku stay sane buat keje, tapi payment tak diskus pon. aku ok je la sbb aku pikir nak cari knowledge je dlu. tak sampai sbulan aku dapat offer tempat lain. bru la boss gelabah nk offer aku keje. dia ingat nak suh aku buat keje free la tu. bese la company melayu baru nk naik. suka amek kesempatan. so aku stay je la sampai aku bosan. haha

memang kelas php tu 3 bulan. tapi ukhwah sesama kitorang still kukuh sampai sekarang. masing2 kepala gila. so senang la nk buat pape. kitorang pernah pegi mandi air terjun, hiking gunung, pergi main bowling, karaoke, iftar ramadhan, reunion kt PD pon pernah.


iftar php

reunion @ pd

eh bila nak cite pasal wed?.. hahaha saborrrr dugaan bercinta? tipu la sepanjang kitorang kenal takde dugaan. orang dah kapel bertahun-tahun pon bleh putus ni kan plk aku yg baru sebulan dua kenal.ujian kitorang maha dahsyat. ujian dtg dari kiri kanan depan belakang..alhamdulillah berkat doa dan support kawan-kawan kitorang berjaya teruskan.

sebenarnya aku ngn wife aku masing-masing ada hidup lampau masing-masing.kitorang bedua pernah jd teman org lain. kisahnya sejak aku rapat dgn awin ni, ex-gf aku mula gatal tangan nk kaco blk hidup aku. dia mula msg blk dgn aku.nk berbaik dgn aku. setelah berzaman aku msg dia tak layan. aku call tak berjawab. tetiba muncul mcm tak de pape berlaku. aku reply msg dia mcm biasa. as a kawan. tapi yg tak bestnya dia selalu msg. time aku kuar dating pon dia nk msg. ape ke hal. setiap kali msg dia smpai, mcm satu malapetaka berlaku. sampailah satu masa msg kami kantoi kat awin dan awin susah nak maafkan, memang gaduh besar time tu. silap aku yang melayan ex-gf aku tu. mesti aku akan gaduh dgn awin. then aku sedar sume ni tak ke mana klo aku tak tamatkan. last aku msg ex-gf aku panjang lebar marah kaw2 supaya jgn kaco kitorang lg. cukup-cukup la aku buat awin menangis. aku tak sanggup dah. memang aku salah at first place. sampai sekarang pon aku blom layak dapat kemaafan dari awin. tapi aku cuba, cuba hilangkan luka hati dia. pengajaran buat korang sume. jgn la layan ex korang. dah ludah, cukup. jgn jilat blk. 

sepanjang 2012 adalah tempoh perang dingin antara kami. aku yg tgh berjuang nk cari keje tetap. nk mantapkan kewangan. nk menangkan balik hati awin yg aku dah hancur lunyaikan. aku tahu dlm masa yg sama aku pon ada cabaran lain. ye pengganti diri. sejak kitorang gaduh, ofismate awin mula cucuk jarum bawak awin kuar jalan-jalan makan-makan. dan aku rasa sedikit terancam. yelah, ofismate dia tu kurus, hensem, pandai main gitar plk tu. aku ni seposen pon tak laku. sbb tu la jgk aku beli gitar. blajar hafal lagu omputih yg awin suka dgr. try blaja gitar. tapi sume tak jalan. memang aku tak de bakat. tapi kuasa Allah, jodoh aku tetap dgn awin.

aku ngan awin bertunang pada 30 Jun 2012. masa ni aku kerja kt damansara. kira lepas setahun kenal terus tunang. ok la kan? hehehe pada tanggal 1 Disember 2012 maka sah la aku bergelar suami noor azuween. alhamdulillah.


majlis tunang kami..ngee

alhamdulillah..majlis kahwin kami..=)

banyak kekurangan aku yg awin sempurnakan. banyak kelemahan aku yg awin perbetulkan. sejak kenal awin la aku banyak blaja cmne nk jd 'orang bando'. klo dlu selekeh je skrg dah 'smart' sket. klo dlu tak bpe nk pandai skrg dah pandai sket.

dunia perkahwinan memang lain. orang kata tahun pertama kawen tu adalah tempoh nk sesuaikan diri n kenal pasangan masing2. tapi sbenarnya bukan stakat kita kenal sape pasangan kita, kawen jgk membuatkan kita kenal sape diri kita yg sbenarnya. mungkin kita ingat kita dh ckup baik tp sbnarnya tak. 
aku bukanlah matang sgt. aku tahu tu. bab kritikal thinking memang aku fail. awin lah yg bnyk mematangkan aku.

aku bukanlah sorang yg romatik, tapi aku berharap aku pon bleh jd romantik utk isteri aku ni. aku pernah nk buat surprise hias bunga kt bilik hotel, tapi hotel tu terlupa nk deko. pernah jgk aku nk surprisekan bg kek sempena birthday, tapi kantoi. dia ni memang power. kalah power rangers sume mende dia tahu. hahaha

aku ni sorg yg malas. memang malas nk buat pape. mungkin memang aku blom boleh memahami fungsi aku sbg suami. alhamdulillah skrg klo boleh aku tak nak awin buat pape. biar aku yg buatkan semua. basuh bju, sidai baju. masak? errrr..blom pandai masak la..haha

satu perkara yg comel tentang awin ni ialah dia cepat sensitip atau dgn kata lain majuk. hehehe aku dh tau sgt klo dia majuk nk buat cmne. paling lama pon aku biarkan smpai 3 hari je pastu buat-buat tegur la. berlanggar bahu ke. beli pape hadiah ke. hehehe


dari mata turun ke hati..hehe

sama tak macam yg kt belakang? =D

tahun pertama perkahwinan kami jgk diuji dgn lambat dikurniakan cahaya mata. bg kami memang la takde masalah. tp mulut org lain? biasa la kan manusia ni tak kan pernah berhenti bertanya. so agak stress kt situ. solutionnya kami selalu pergi honeymoon. legakan minda dgn bercuti. hehehe kira untung la jgk kan? compare ngn org yg bunting pelamin nk pegi bercuti mana2 pon dah tertangguh. haha alhamdulillah 1 tahun 5 bulan usia perkahwinan, dpt khabar gembira awin dah pregnant.hadiah birthday yg sgt bermakna dari isteri utk aku. syukur ya Allah. hanya Dia je yg tahu perasaan aku time tu.dan sekarang puteri kami dah masuk 7 bulan. Nur Aira Sofea nama diberi. dah mula nk merangkak. bru je baik demam tu. hehehe

honeymoon @ sabah..

uss!

cuti-cuti cameron..hehe

uss!

anniversary @ penang..hehe

ada baby kecik nk kuar..hehe

Terima kasih utk segalanya syg. kesian syg penat hari-hari ngadap jem. blk nk kena layan aira yg kdg2 ok kdg2 moody. terima kasih siapkan mkn pakai abg. bulan baik hari baik ni abg nk susun sepuluh jari mohon kemaafan andai ada kekurangan dlm hubungan kita.  moga hubungan kita kekal hingga ke syurga dan rumah kita dirahmati selalu..aman dan tenang seperti taman-taman syurga. I LOVE U SO MUCH SAYANG.. =)

Thursday, June 18, 2015

Happy Birthday Sayang!..

Happy birthday to you...happy birthday to you....happy birthday to noor azuween...happy birthday to youuuuu...

hehehe..happy birthday sayang. moga panjang umur dipermudahkan segala urusan. moga kita sekeluarga sentiasa hidup dalam redho Nya.

terima kasih untuk segala sokongan. sentiasa ada bila abg jatuh. sentiasa tolong abg bila abg memerlukan. you complete me my dear. love you to the moon and back.

maafkan segala kekurangan segala kekhilafan abg ye. moga jodoh kita kekal sampai syurga. insya Allah =)



lepas ni bleh la masak kek selalu ye. dah dapat oven besar tu. =P




haaaa...hari tu hantar bunga kt ofis abg kan..ni kita bagi kt dia balik. hahahaha payback time =P



Wednesday, June 17, 2015

Bekam Kaki..

Ok ni cite basi. sambil godek2 gambo dlm fon ternampak gambo kaki aku ni ha. haha terasa la nak story sket. meh aku kasi intro kt korang. first time kena bekam ni. ye first time! hahahaha

pagi sabtu beberapa minggu lepas *memang story lama..nasibla..haha bila aku bangun je dari tdo, kaki kiri ni dah sengal semacam. rasa macam krem. tp selalu klo krem sekejap je. aku tau la cmne nak hilangkan krem kaki aku ni. ratakan tapak, diri tegak2. krem tu hilang lah. tapi sengal yg ni tak hilang jgk. dia punya rasa...fuhhhh menyucuk-nyucuk!

tapi aku ignore je la. aktiviti weekend pon buat cm bese. lepas aira mandi siap sume kitorg pon kuar g setia city mall. pusing2 mall jap. time tu la kaki aku dah tak nak hilang sengal dia. tekan tapak kaki smbil jalan cmne pon sengal makin kuat. nak solat jgn cite lah. dah macam oku.

blk je dari mall terus pegi cari tempat urut. ingat nak suruh dia tengok sket2 nape jd cmtu. tp belum sempat ckp banyak dia dah bagitau kaki kena gout. banyak kolestrol, banyak asid dalam darah so dia urut dulu then buat bekam. aku layankan je la asalkan sakit kaki ni hilang. kaki normal je tak bengkak tapi dia tau kaki kiri aku yg problem. dahsyatttt..org berilmu la kan. memang hebat. kedai dia pon takde pasang kipas ekon sume, tapi duk situ sejuk je rasa. khasiat al quran mungkin =)

alamak..censored la plk baju tukang urut ni..hehe

nah..cmni la kuar ketul-ketul

parut yang tinggal..hehe
ok. kos urut kaki + bekam ni total RM98 klo tak silap. bekam tu agak ngeri jgk la sbb aku tak tau pon yg kena toreh ngn mata pisau gillette. wife aku smpai tak berani nak tengok masa dia toreh tu. klo kena cucuk jarum berani plk dia. hahaha

alhamdulillah pagi ahad tu dah lega sket kaki ni. bleh la solat dengan senang hati. bleh la jalan laju2. hehe isnin kot dah hilang terus. ajaibnya kuasa Allah. sekejap je dia bagi sakit. sekejap jgk dia boleh bagi penawar. =)

**klo bekam badan dia toreh jgk ke..ngeriiiii

Friday, June 12, 2015

Kerusi Baby Ikea

kerusi khas untuk aira. kesian selalu time kitorang makan kena letak kt carrier sebelah meja. dia duk tengok je dari bawah. klo dukung skali nanti dia duk capai-capai. kang ada yg pinggan terbalik. hehehe

baby chair ni beli kt ikea je. rm 49. nk pasang sendiri pon senang. pejam mata je dah siap. so sape2 yg nk tu bleh la pegi serbu ikea ye. =)


Ni tengah pasang aira dah menyibuk nak try. tak sempat pasang kaki terus bg dia duduk. hahaha


ok dah pasang sume. terus jd big boss konker tv. sonok la tu tv dah sama level ngn dia. selalu tgk tv sambil baring je. hehehe *abaikan rumah bersepah


sendal bean pillow kecik kt perut dia tu. sbb kusi tu besar lagi. takut tersembam ke depan. tapi sekarang dah pandai. duk letak dagu atas tray depan dia tu..hehe bean pillow bleh beli kt daiso ye. rm5 satu.. =)

lepas ni kita cari ocean pool plk tu aira..hehehe

Thursday, June 4, 2015

Happy Birthday To Me!

Assalamualaikum...

Happy birthday to me..happy birthday to me..happy birthday to abi aira..happy birthday to me...hehehe

Kejap je dah bulan 6 kan? jap lagi pejam celik pejam celik habis la tahun ni. Oh ye, sebenarnya birthday dah lepas. tapi baru berkesempatan nk story kt sini. hehehe

Citenya gini..last week 29 hb mei jumaat duk melangok kt ofis mcm bese sbb takde keje. then kul 10 cmtu ada org ajak masuk meeting. bateri enset plk tgh low so tinggal je la kt meja then pegi join meeting. dekat kul 12 camtu mintak keluar sbb dah nk pegi masjid. solat jumaat plk weh. yg lain tu non muslim so pedehal.

naik je atas pegi kt meja tgk ada misscall. call blk dia tak angkat la plk. pastu dia call gtau suh turun amek brg. ok la kan. baru je naik nk kena turun lagi. exerciseeee.. hehehehe

sampai je bawah...tadaaaaaa ada ferrero roche, ada bunga, ada ballon birthday. heheheh senyum sampai ke telinga gitu =D merah muka jap *biarlah hitam tak nampak merah pon =P thank you my isteri sayangku. muaaaaaahhh!!! i love you so mucho mucho!!!

pas tukang anto tu amek gambo, slow-slow usha line nk bawak naik atas. hehehe dgn pantas dan tuntas berjaya bawak je meja. ada jgk la yg perasan. tp buat donno je.. hehehe

hehehe..thank youuuu ;)






eh birthday aku 30 mei tau. ni saje la wife nak awalkan sbb 30 mei tu hari sabtu n kitorg memang dah plan nak celebrate ramai-ramai kt kg batu pahat esoknya. nak buat cmne. ahli family kitorang memang ramai yg lahir bulan 5 dan 6. so bundle skali je terus. hahaha

yeyyy dapat kek..sedappp =)

si kecik aira mana? hehehe

tadaa..ni lah kami..;)

my wife..my everything..=)

**birthday wife dah tak lama nih..hehehe

Saturday, April 25, 2015

Alhamdulillah...


Alhamdulillah...

Syukur kerana Allah masih ingat kt aku. syukur kerana Allah masih sayang kt aku. terima kasih Allah kerana hantarkan aku isteri yg cukup baik, cukup sempurna utk aku. tak jemu-jemu setia membantu dan membimbing aku. 

walaupun kadang-kadang emo tak bertempat. walaupun kadang-kadang happy teruja mengalahkan kanak-kanak. tapi itu lah pelengkap antara kita. emo aku masih ada. tapi aku simpan. moga-moga terus terhapus. kerana emo tak boleh di lawan dgn emo. biar lah aku kalah. memang aku tau aku patut mengalah. =)

Sape ckp isteri tak boleh mendidik suami? sape ckp isteri tak de peranan? kerana isteri la sesorg tu boleh berjaya. kerana isteri jgk la sesorg tu boleh hancur. jgn pandang rendah ye.

Terima kasih wifey...

Monday, April 20, 2015

Rasa itu...

ermmmmm...korang pernah tak rasa. rasa yg sangat tak senang. rasa yg diri ni tersisih. tersisih dari kasih sayang Allah. tersisih dari kasih sayang semua orang. wujudnya ko pon mungkin takde sape yg peduli.

kadang aku rasa, sangat tak berguna. dari kecik sampai besar sume menda yg aku nak sume tak dapat. aku nak bg parent aku senang, still tak dapat. aku nk bg wife aku happy, bawak pegi sana sini, banje apa saje yg dia nak, still bagi aku blom dapat.

aku harap sangat Allah keluarkan singa dari dalam badan aku ni. supaya aku dapat bangkit cepat. demi setiap apa yg aku hajatkan. demi setiap apa yg aku usahakan. 

Ya Allah, hanya Engkau yg Maha Mengetahui setiap segala rahsia. Jadikan aku kaya dan berjaya. Jadikan aku anak yg soleh dan dapat membantu kedua ibu bapaku. Jadikan aku suami yg memahami dan penyayang. mampu membimbing keluargaku ke jalan Mu.




Thursday, April 16, 2015

Parenthood...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah baby aira kami dah nak masuk 4 bulan dah. sekejap je kan? haaa dalam masa yg sekejap tu la dah macam-macam abi ngan umi aira ni lalui demi nk tengok aira sihat. ceeewah! haha

aira baru sebulan..

memang 2 bulan pertama tu sangat tough. senang sangat aira kena kembung. malam2 je mengamuk smpai kitorang dah tak tau nk buat apa lg dah. kitorang ingat memang tak nak ajar buai, tapi dah tak tahan sangat terpaksa la guna jgk. membantu jgk la buai ni sbb ada masa dia ngantuk tapi macam susah nak tdo, haaa masukkan aje dlm tu. setel. haha

Alhamdulillah da masuk 3 bulan tu aira dah senang nk burp. kentut pon kuat jgk budak ni. tp ok la atleast dah kurang angin kacau dia. ^__^

ok dah pandai buat muka cheeky..
demam? memang senang jgk aira ni nak kena demam. masa nk inject 3bulan, kena delay sbb dia tgh demam. next week pegi inject, pastu demam dtg blk la. kena cuti lg. hehe takpe la nak, demi kamu =)

skg klo dia demam ke apa memang kitorg bogelkan je dia. lap air satu badan kasi suhu turun. bukan apa, kesian klo sket2 nak kena makan ubat. sakit je nak bagi ubat. klo boleh kitorang memang tak nak sume-sume tu sume. 

kt klinik nak kena cucuk..hehe
haa pasal nursery dia. skg anta aira agak jauh sket dari umah. kt taman sebelah. padahal kt sebelah rumah kitorang ni ada je nursery tapi bg kitorang tak bleh harap. sebelum wife naik keje, try anta kt sana 2minggu, tapi macam2 alasan plk dia bg. siap msg macam suruh dtg amek bawak balik. dah la bercampur baby ngan toddler. jaga macam tak ikhlas langsung! pffftt

then kitorang tukar la. Alhamdulillah nursery skg ni ok sket. tengahari je dia anta gambar aira tgh buat apa. klo aira meragam pon dia bgtau la dia buat apa. kira boleh harap la jgk. =)

kete rosak..kena merempit pegi nursery..hehe

saya suka melepak tengok tv..hehe

skg aira baru nak pandai2 meniarap. hehe sonok kan tengok anak membesar depan mata. bila kita besarkan anak sndiri ni baru la kita tahu betapa susahnya ibu bapa kita besarkan kita dulu. i love u mama. i love u mama :')

** aira please behave kat nursery k..abi love u =)

hi sume ..;)

kami di fraser hill :)

Tuesday, January 6, 2015

Pengalaman Sambut Si Kecil :)

Assalamualaikum!

Happy New Year 2015 semua...sementara berkesempatan ni aku nak story korang moment paling paling paling sweet paling best dalam hidup aku. Moga-moga sesapa yg belum ketemu jodoh tu akan cepat-cepat kawen lepas baca n3 aku ni. hahaha

Ok. 28/12/2014 pukul 4.49 am tetiba aku dengar wife aku jerit..mulanya aku ingatkan dah terlajak subuh. tapi bila aku dengar suara tu dah macam jerit-jerit nangis+risau aku pon terus melompat bangun. tengok-tengok atas katil lantai sume da banjir. pastu wife aku cakap air ketuban da pecah.

Ok aku try tak panik. terus pegi toilet kt dapur cuci muka sume *wife aku still kt toilet dlm bilik ntah buat apa la.. then aku tanya ada pape barang lg tak nk bawak. brg asas sume kitorang dah pack siap-siap simpan dlm kete incase nk terberanak time kitorang jalan-jalan ke. aku turun start kete, angkut pape barang yg patut pastu terus pecut ke Putra Medical Centre. fuhh dalam hati doa je manjang mintak-mintak sempat sampai sana.

Sampai sana je terus masuk labor room. nurse sana pon dah siapkan bilik tuk kitorang. nasib kitorang baik sebab ada bilik single yg kosong. time tu pukul 5.30 pagi n bukaan baru 6cm. so kena tunggu dulu la. bila aku tgk keadaan sume dah terkawal aku pon pegi surau solat dlu. mintak dengan Sang Pencipta moga segala urusan dipermudahkan.

Dalam kul 7 lebih tu dia punya sakit contraction memang dah kerap datang. banyak kali jgk la loceng nurse tu kitorang tekan. si awin ni pon satu asek nk teran je. time ni memang dia dah tak pikir apa pon. klo teran terlalu awal tak bleh jgk nanti energy abes awal, cervix pon bengkak. korang la as a husband kena bantu wife korang. duk kt tepi telinga bisikkan nasihat pape yg patut. aku sampai siap kena tahan kaki awin ni tak nak bagi kaki dia naik. pantang kaki naik mesti dia nak teran. haha pesan aku, jangan sesekali tinggalkan wife korang kt dalam sorang-sorang!

Alhamdulillah kul 8 doc sampai. doc oncall je hari tu. sampai je terus dia ajar cara teran yg betul.bukaan aku tak pasti la.sebelum tu 8cm dah. korang pon kena dengar skali cara teran tu sbb nanti korang pon nak tlg wife korang bersalin. takut darah??? hahaha jgn jadi laki la..=P finally aku dah start bleh nampak kepala si kecil kitorang keluar sikit demi sedikit. Tepat 8.15 am semuanya selamat. syawin junior telah selamat melihat dunia dgn berat 2.4kg. tiba-tiba doc bagi gunting kt aku suruh guntingkan tali pusat baby. fuhhh terharu sume ada.

Memang best moment ever in my life lah! pastu aku dihalau keluar dah. doc ada nak setelkan apa yg patut la tu. aku bawak masuk barang-barang yg kitorang bawak tu ke bilik then pegi tgk baby kt bilik nursery. sejuk hati bila tengok anak sihat sume selamat. ;)


hai semua..;)

Syukur ya Allah kerana diberi kesempatan untuk merasa sume pengalaman berharga ni. saat sambut baby keluar, potong tali pusat, basuh+tanam uri bayi. bagi mereka yg belum dikurniakan peluang, insya Allah masa anda akan sampai juga nanti..;)

**masih terbau haruman baby..haruman syurga ^_^
 

:: Wishlist ::

iPhone
iPad
MacBook
Keje stabil
Ada kete
Ada bini
Rumah
DSLR
Beli mama kete
Superbike
CRZ
Bwk wifey tgk panda
Bwk parents pegi haji
Umrah