Pages

Saturday, April 25, 2015

Alhamdulillah...


Alhamdulillah...

Syukur kerana Allah masih ingat kt aku. syukur kerana Allah masih sayang kt aku. terima kasih Allah kerana hantarkan aku isteri yg cukup baik, cukup sempurna utk aku. tak jemu-jemu setia membantu dan membimbing aku. 

walaupun kadang-kadang emo tak bertempat. walaupun kadang-kadang happy teruja mengalahkan kanak-kanak. tapi itu lah pelengkap antara kita. emo aku masih ada. tapi aku simpan. moga-moga terus terhapus. kerana emo tak boleh di lawan dgn emo. biar lah aku kalah. memang aku tau aku patut mengalah. =)

Sape ckp isteri tak boleh mendidik suami? sape ckp isteri tak de peranan? kerana isteri la sesorg tu boleh berjaya. kerana isteri jgk la sesorg tu boleh hancur. jgn pandang rendah ye.

Terima kasih wifey...

Monday, April 20, 2015

Rasa itu...

ermmmmm...korang pernah tak rasa. rasa yg sangat tak senang. rasa yg diri ni tersisih. tersisih dari kasih sayang Allah. tersisih dari kasih sayang semua orang. wujudnya ko pon mungkin takde sape yg peduli.

kadang aku rasa, sangat tak berguna. dari kecik sampai besar sume menda yg aku nak sume tak dapat. aku nak bg parent aku senang, still tak dapat. aku nk bg wife aku happy, bawak pegi sana sini, banje apa saje yg dia nak, still bagi aku blom dapat.

aku harap sangat Allah keluarkan singa dari dalam badan aku ni. supaya aku dapat bangkit cepat. demi setiap apa yg aku hajatkan. demi setiap apa yg aku usahakan. 

Ya Allah, hanya Engkau yg Maha Mengetahui setiap segala rahsia. Jadikan aku kaya dan berjaya. Jadikan aku anak yg soleh dan dapat membantu kedua ibu bapaku. Jadikan aku suami yg memahami dan penyayang. mampu membimbing keluargaku ke jalan Mu.




Thursday, April 16, 2015

Parenthood...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah baby aira kami dah nak masuk 4 bulan dah. sekejap je kan? haaa dalam masa yg sekejap tu la dah macam-macam abi ngan umi aira ni lalui demi nk tengok aira sihat. ceeewah! haha

aira baru sebulan..

memang 2 bulan pertama tu sangat tough. senang sangat aira kena kembung. malam2 je mengamuk smpai kitorang dah tak tau nk buat apa lg dah. kitorang ingat memang tak nak ajar buai, tapi dah tak tahan sangat terpaksa la guna jgk. membantu jgk la buai ni sbb ada masa dia ngantuk tapi macam susah nak tdo, haaa masukkan aje dlm tu. setel. haha

Alhamdulillah da masuk 3 bulan tu aira dah senang nk burp. kentut pon kuat jgk budak ni. tp ok la atleast dah kurang angin kacau dia. ^__^

ok dah pandai buat muka cheeky..
demam? memang senang jgk aira ni nak kena demam. masa nk inject 3bulan, kena delay sbb dia tgh demam. next week pegi inject, pastu demam dtg blk la. kena cuti lg. hehe takpe la nak, demi kamu =)

skg klo dia demam ke apa memang kitorg bogelkan je dia. lap air satu badan kasi suhu turun. bukan apa, kesian klo sket2 nak kena makan ubat. sakit je nak bagi ubat. klo boleh kitorang memang tak nak sume-sume tu sume. 

kt klinik nak kena cucuk..hehe
haa pasal nursery dia. skg anta aira agak jauh sket dari umah. kt taman sebelah. padahal kt sebelah rumah kitorang ni ada je nursery tapi bg kitorang tak bleh harap. sebelum wife naik keje, try anta kt sana 2minggu, tapi macam2 alasan plk dia bg. siap msg macam suruh dtg amek bawak balik. dah la bercampur baby ngan toddler. jaga macam tak ikhlas langsung! pffftt

then kitorang tukar la. Alhamdulillah nursery skg ni ok sket. tengahari je dia anta gambar aira tgh buat apa. klo aira meragam pon dia bgtau la dia buat apa. kira boleh harap la jgk. =)

kete rosak..kena merempit pegi nursery..hehe

saya suka melepak tengok tv..hehe

skg aira baru nak pandai2 meniarap. hehe sonok kan tengok anak membesar depan mata. bila kita besarkan anak sndiri ni baru la kita tahu betapa susahnya ibu bapa kita besarkan kita dulu. i love u mama. i love u mama :')

** aira please behave kat nursery k..abi love u =)

hi sume ..;)

kami di fraser hill :)

 

:: Wishlist ::

iPhone
iPad
MacBook
Keje stabil
Ada kete
Ada bini
Rumah
DSLR
Beli mama kete
Superbike
CRZ
Bwk wifey tgk panda
Bwk parents pegi haji
Umrah