Pages

Thursday, June 18, 2015

Happy Birthday Sayang!..

Happy birthday to you...happy birthday to you....happy birthday to noor azuween...happy birthday to youuuuu...

hehehe..happy birthday sayang. moga panjang umur dipermudahkan segala urusan. moga kita sekeluarga sentiasa hidup dalam redho Nya.

terima kasih untuk segala sokongan. sentiasa ada bila abg jatuh. sentiasa tolong abg bila abg memerlukan. you complete me my dear. love you to the moon and back.

maafkan segala kekurangan segala kekhilafan abg ye. moga jodoh kita kekal sampai syurga. insya Allah =)



lepas ni bleh la masak kek selalu ye. dah dapat oven besar tu. =P




haaaa...hari tu hantar bunga kt ofis abg kan..ni kita bagi kt dia balik. hahahaha payback time =P



Wednesday, June 17, 2015

Bekam Kaki..

Ok ni cite basi. sambil godek2 gambo dlm fon ternampak gambo kaki aku ni ha. haha terasa la nak story sket. meh aku kasi intro kt korang. first time kena bekam ni. ye first time! hahahaha

pagi sabtu beberapa minggu lepas *memang story lama..nasibla..haha bila aku bangun je dari tdo, kaki kiri ni dah sengal semacam. rasa macam krem. tp selalu klo krem sekejap je. aku tau la cmne nak hilangkan krem kaki aku ni. ratakan tapak, diri tegak2. krem tu hilang lah. tapi sengal yg ni tak hilang jgk. dia punya rasa...fuhhhh menyucuk-nyucuk!

tapi aku ignore je la. aktiviti weekend pon buat cm bese. lepas aira mandi siap sume kitorg pon kuar g setia city mall. pusing2 mall jap. time tu la kaki aku dah tak nak hilang sengal dia. tekan tapak kaki smbil jalan cmne pon sengal makin kuat. nak solat jgn cite lah. dah macam oku.

blk je dari mall terus pegi cari tempat urut. ingat nak suruh dia tengok sket2 nape jd cmtu. tp belum sempat ckp banyak dia dah bagitau kaki kena gout. banyak kolestrol, banyak asid dalam darah so dia urut dulu then buat bekam. aku layankan je la asalkan sakit kaki ni hilang. kaki normal je tak bengkak tapi dia tau kaki kiri aku yg problem. dahsyatttt..org berilmu la kan. memang hebat. kedai dia pon takde pasang kipas ekon sume, tapi duk situ sejuk je rasa. khasiat al quran mungkin =)

alamak..censored la plk baju tukang urut ni..hehe

nah..cmni la kuar ketul-ketul

parut yang tinggal..hehe
ok. kos urut kaki + bekam ni total RM98 klo tak silap. bekam tu agak ngeri jgk la sbb aku tak tau pon yg kena toreh ngn mata pisau gillette. wife aku smpai tak berani nak tengok masa dia toreh tu. klo kena cucuk jarum berani plk dia. hahaha

alhamdulillah pagi ahad tu dah lega sket kaki ni. bleh la solat dengan senang hati. bleh la jalan laju2. hehe isnin kot dah hilang terus. ajaibnya kuasa Allah. sekejap je dia bagi sakit. sekejap jgk dia boleh bagi penawar. =)

**klo bekam badan dia toreh jgk ke..ngeriiiii

Friday, June 12, 2015

Kerusi Baby Ikea

kerusi khas untuk aira. kesian selalu time kitorang makan kena letak kt carrier sebelah meja. dia duk tengok je dari bawah. klo dukung skali nanti dia duk capai-capai. kang ada yg pinggan terbalik. hehehe

baby chair ni beli kt ikea je. rm 49. nk pasang sendiri pon senang. pejam mata je dah siap. so sape2 yg nk tu bleh la pegi serbu ikea ye. =)


Ni tengah pasang aira dah menyibuk nak try. tak sempat pasang kaki terus bg dia duduk. hahaha


ok dah pasang sume. terus jd big boss konker tv. sonok la tu tv dah sama level ngn dia. selalu tgk tv sambil baring je. hehehe *abaikan rumah bersepah


sendal bean pillow kecik kt perut dia tu. sbb kusi tu besar lagi. takut tersembam ke depan. tapi sekarang dah pandai. duk letak dagu atas tray depan dia tu..hehe bean pillow bleh beli kt daiso ye. rm5 satu.. =)

lepas ni kita cari ocean pool plk tu aira..hehehe

Thursday, June 4, 2015

Happy Birthday To Me!

Assalamualaikum...

Happy birthday to me..happy birthday to me..happy birthday to abi aira..happy birthday to me...hehehe

Kejap je dah bulan 6 kan? jap lagi pejam celik pejam celik habis la tahun ni. Oh ye, sebenarnya birthday dah lepas. tapi baru berkesempatan nk story kt sini. hehehe

Citenya gini..last week 29 hb mei jumaat duk melangok kt ofis mcm bese sbb takde keje. then kul 10 cmtu ada org ajak masuk meeting. bateri enset plk tgh low so tinggal je la kt meja then pegi join meeting. dekat kul 12 camtu mintak keluar sbb dah nk pegi masjid. solat jumaat plk weh. yg lain tu non muslim so pedehal.

naik je atas pegi kt meja tgk ada misscall. call blk dia tak angkat la plk. pastu dia call gtau suh turun amek brg. ok la kan. baru je naik nk kena turun lagi. exerciseeee.. hehehehe

sampai je bawah...tadaaaaaa ada ferrero roche, ada bunga, ada ballon birthday. heheheh senyum sampai ke telinga gitu =D merah muka jap *biarlah hitam tak nampak merah pon =P thank you my isteri sayangku. muaaaaaahhh!!! i love you so mucho mucho!!!

pas tukang anto tu amek gambo, slow-slow usha line nk bawak naik atas. hehehe dgn pantas dan tuntas berjaya bawak je meja. ada jgk la yg perasan. tp buat donno je.. hehehe

hehehe..thank youuuu ;)






eh birthday aku 30 mei tau. ni saje la wife nak awalkan sbb 30 mei tu hari sabtu n kitorg memang dah plan nak celebrate ramai-ramai kt kg batu pahat esoknya. nak buat cmne. ahli family kitorang memang ramai yg lahir bulan 5 dan 6. so bundle skali je terus. hahaha

yeyyy dapat kek..sedappp =)

si kecik aira mana? hehehe

tadaa..ni lah kami..;)

my wife..my everything..=)

**birthday wife dah tak lama nih..hehehe
 

:: Wishlist ::

iPhone
iPad
MacBook
Keje stabil
Ada kete
Ada bini
Rumah
DSLR
Beli mama kete
Superbike
CRZ
Bwk wifey tgk panda
Bwk parents pegi haji
Umrah